Kesan Tsunami

Oleh:Arshad Hussin

 

PERCAYA atau tidak itulah hakikatnya kebesaran dan kekuasaan Allah Al-Jabbar,  saban waktu memberi peringatan kepada makhlukNya samada yang taat beribadah, yang ingkar  mahupun yang kufur dalam pelbagai dugaan,bentuk azab seksa secara kontan atau tertunda.

 

Allah Yang Maha Esa apabila mengkhendaki  sesuatu cukuplah dengan firmanNya Kun Fayakun! Dan tiada kuasa  manusia mahupun jin  dapat menghalangnya.

 

Bukti kekuasaan itu terzahir nyata apabila bencana Tsunami 26 Disember 2004 lalu memusnahkan jutaan hartabenda dan meraggut ratus ribu nyawa dibeberapa Negara di dunia termasuk India,Thailanda,Malaysia dan Indonesia.

 

Salah satu bukti dan kesan bencana dahsyat itu masih tersimpan utuh di bumi Banda Acheh Darussalam yang kini menjadi monument sejarah dan dijadikan destinasi pelancongan oleh Sekteriat Pemuda Kelurahan Punge Blang Cut,Banda Acheh.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran yang mengetuai rombongan lawatan ke Banda Acheh baru-baru ini sempat mengunjungi beberapa lokasi  yang terlibat bencana itu termasuklah bangunan Masjid Raya BaiturRahman dan Taman Edukasi Tsunami di Kelurahan Punge Blang Cut.yang menempatkan sebuah kapal laut besar PLTD Apung 1.

 

Menurut penduduk Punge Blang Cut kapal sepanjang lebih 70 meter dan  lebar 25 meter dan memiliki dek setinggi tiga tingkat itu merupakan kapal pembekal tenaga letrik yang sebelum itu berada kira-kira lima kilometer di tengah laut telah dihanyutkan ombak tsunami dalam masa kurang sepuluh minit serta menghempap sebelas buah rumah yang dipercayai masih terdapat mayat di bawahnya sehingga sekarang.

 

Selain itu disekitar kawasan berhampiran kapal itu terdapat sebuah bangunan mini muzium menyimpan gambar-gambar semasa bencana tsunami dan dijual kepada pelancong asing yang mengunjungi kawasan itu..