Umat Cemerlang

Oleh: Arshad Hussin

 

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu bijak memanfaatkan akal fikiran sebagai pemangkin kepada modal insan cemerlang bagi menjana ummah yang gemilang,kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran.

 

Katanya, modal insan cemerlang hanya akan dapat dilahirkan jika anugerah Allah SWT yang paling bernilai itu (akal) dimanfaatkan dengan baik oleh manusia.

 

Nasir berkata,panduan memelihara akal dapat dilakukan dengan penghayatan ilmu yang terkandung dalam Al-Qur’an disamping mempraktikkan sunnah Rasulullah Saw.

 

Jika umat Islam memiliki tanah namun tanpa menggunakan akal ianya tidak akan dapat dimakmurkan sebagai sumber rezeki malah dengan akal lautan yang luas boleh menjadi wadah pencetus sumber rezeki kepada nelayan,” kata Nasir.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena Sambtan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1429H/2008M  di Dewan Saadah Wisma MUIS.

 

Nasir yang juga Penegerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1429H/2008M menjelaskan majlis perhimpunan sambutan Maulidur Rasul yang diisikan dengan pelbagai program dan aktiviti di seluruh negeri telah dirangka sebaik mungkin bagi memberikan kesan lebih positif  terhadap usaha menuju kea rah sebuah negeri membangun dengan komposisi modal insan cemerlang.

 

Tambahanaya,dengan menjadikan Nabi SAW sebagai teladan contoh maka hasrat suci itu boleh dicapai dengan memenuhi cirri-ciri insan cemerlang serta menghayati tuntutan Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.

 

Hadirsama sempena majlis itu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri,Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan isteri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Masuyah Ag.Japar,Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Haji Aman dan Isteri,Datin Seri Hajjah Faridah Tussin,Speaker DUN Sabah,Datuk Juhar Mahirudin dan Datin,Menteri Pertanian dan Industri Makanan,Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isteri,Datin Hajah Jauyah Yunin,isteri Datuk Haji Nasir,Datin Hajjah Rokiah Badar,menteri-menteri dan pembantu-pembantu menteri kabinet negeri Sabah,ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah.

 

Majlis Sambutan itu dimulakan dengan perarakan disertai 57 kontinjen dari Padang Merdeka menuju ke Wisma MUIS.

 

Sempena majlis itu Tun Ahmadshah menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Ustaz Bongsu Aziz bin Jaafar dan Datin Asnimar bte Haji Sukardi serta hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik.