Pungutan zakat PZS 2007 meningkat RM0.9j – Dtk Nasir
Oleh:Arshad Hussin
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk
Haji Nasir Tun Sakaran berkata,umat
Islam hari ini mempunyai kesedaran dan menampakkan perubahan positif menunaikan kewajiban berzakat sehingga telah menganjakkan peningkatan kutipan zakat pada tahun
2007.
Nasir berkata, jumlah kutipan zakat dilakukan PZS yang direkodkan pada tahun 2006 hanya RM16.6 juta berbanding tahun 2007 kutipan berjumlah RM17.5 juta dengan kadar peningkatan
sebanyak RM0.9 juta.
Datuk Haji Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah berkata
demikian sempena menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM100,000. daripada Tenaga
Nasional Berhad bagi zakat perniagaan
2006/07 yang disampaikan Senior Vice President TNB,Dato’ Abd Razak
Abd Majid di Wisma Innoprise
Jalan Sulaman dekat sini.
Majlis penyerahan itu disaksikan Setiausaha Rendah 1 JKM Sabah,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin, KPSU PZS;Ustaz Zaratkhan Abd Rahman;Pengarah Urusan SESB,Ir.Bahrin Din;Project Director Lahad Datu Energy S/B,Mohd Noor Mohd Ismail;
SUPA MJKM,Sham Solo Bahhary
Kairin;SUS MKJM,Hj Yahamad Budin;Penolong Pegawai Zakat PZS, Ustaz Safruddin Mansuruddin dan PSU Bah.Operasi PZS,Jaludin Dullah.
Sehubungan itu, Nasir berharap
umat Islam khususnya golongan hartawan dan sektor swasta
menaruh kepercayaan serta keyakinan penuh terhadap kewibawaan PZS seterusnya menunaikan ibadah zakat kepada pusat
tersebut demi kesempurnaan ibadah mereka.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dibayar hasil
daripada perniagaan sama ada berasaskan
pembuatan,perikanan,perkapalan,pembekalan,pertanian,perkhidmatan
atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan
samada dalam bentuk perniagaan persendirian,perniagaan perkongsian
sesame orang Islam atau dengan bukan Islam,perniagaan
semua jenis syarikat,koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.