Perluas Fungsi Masjid,kata Datuk Nasir

Oleh: Arshad Hussin

                        

 

KOTA KINABALU: Fungsi masjid perlu diperluaskan bagi mencetuskan nilai-nilai positif dalam pembangunan ummah.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menegaskan kerajaan menyedari betapa pentingnya peranan masjid memupuk perpaduan di kalangan umat Islam dan fungsinya perlu di lebarkan.

 

Katanya,masjid perlu diperluaskan fungsinya agar tidak hanya diimarahkan oleh golongan tertentu sahaja seperti golongan warga emas malah golongan remaja perlu diberi ruang yang luas supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada pembangunan ummah.

 

Datuk Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah,berkata masjid merupakan rumah ibadat dan pusat pengembangan syiar Islam.

 

Sehubungan itu katanya,mengimarahkan masjid merupakan peranan penting semua umat Islam agar rumah ibadat ini sentiasa hidup dan memberi impak yang besar kepada kemajuan ummah sejagat.

 

Katanya,kerajaan juga menyedari betapa pentingnya golongan muda kepada Negara dan sewajarnya mereka diberikan peluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti agama dan sosial.

 

Beliau berkata demikian sempena majlis penangguhan rasmi Program Sayangi Masjid  bersempena Program menjadikan masjid tempat persinggahan bekas penagih dadah ke-16 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Masjid Bandaraya dekat sini.

 

Program selama 20 hari yang bermula 15 Jun itu disertai 30 orang pelatih Pusat Serenti Papar (PUSPA).

 

Hadirsama sempena masjid itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Haji Amri Suratman;Pengarah JAKIM, Abd.Aziz Che Yakob,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesuma JAKIM,Abd Abd Azizi Mohammad dan Komandan Pusat Serenti Papar (PUSPA)Roswati Apin.

 

Nasir berkata,kerajaan menyedari betapa pentingnya sumbangan golongan muda kepada Negara dan sewajarnyalah mereka diberikan peluang yang luas mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di masjid samada bercorak keagamaan mahupun kebajikan sosial.

 

Katanya,meskipun golongan muda ada yang pernah melakukan kesilapan dalam percaturan hidup namun mereka tidak sepatutnya disisihakan kerana mereka juga berhak diberikan ruang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.