Mesyuarat Pra LUC Perlu Kerap Mesyuarat

Oleh: Arshad Hussin

 

 

SEMPORNA: Kekerapan mengadakan Pra-Mesyuarat  Penggunaan Tanah Daerah (Pra-LUC) bukan sahaja dapat mengurangkan masalah permohonan tanah disetiap daerah malah ianya mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah permohonan tanah.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan mesyuarat Jawatankuasa Pra-LUC perlu diadakan secara kerap bagi menyelesaikan masalah tanah melibatkan masyarakat  khususnya rakyat di kawasan luar bandar.

 

Sehubungan itu,beliau yang juga Adun Kawasan Senallang meminta  ahli jawatankuasa pra-mesyuarat LUC yang terlibat hendaklah sentiasa peka serta menghadiri mesyuarat tersebut bagi membantu kerajaan menangani isu-isu tanah.

 

Datuk Nasir berkata demikian sempena menghadiri mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah Semporna (LUC) di sini.

 

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Tanah Negeri Sabah,Mohd Yusri Abdullah itu dihadirisama Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba merangkap Penolong Pemungut Hasil Tanah Semporna;Penolong Pegawai Daerah Semporna (Pentadbiran),Haji Mahadi Haji Alindal,Pegawai  Eksekutif MDS,Haji Jaafar Ahmad serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri Daerah Semporna.