UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI
PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN RASMI
PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2008
DI HONGKOD KOISAAN PENAMPANG,
PADA 31 MEI 2008
Assalamualaikum waramatullahi warabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi,
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua yang hadir di majlis yang penuh bermakna ini, khususnya kepada masyarakat Kadazan Dusun dan Murut. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan majlis penutupan rasmi ini dengan dihiasi acara-acara penuh tradisi daripada pelbagai etnik dan suku kaum di negeri ini.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, hari ini merupakan kemuncak kepada perayaan Pesta Kaamatan yang telah bermula sejak pelancarannya diadakan di Daerah Beaufort pada 01 Mei yang lalu. Perayaan Pesta Kaamatan dirayakan sepanjang bulan ini di setiap daerah dan kampung di seluruh pelosok negeri dengan berbagai acara penuh tradisi, tanpa mengira batas perbezaan kaum dan kepercayaan.
Berbagai pertandingan telah disempurnakan di peringkat daerah termasuk pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau dan pertandingan bintang Kaamatan Sugandoi. Pada hari ini kemuncak bagi pemilihan Unduk Ngadau Peringkat Negeri akan kita saksikan pada penghujung majlis. Salah satu keunikan kemuncak perayaan Pesta Kaamatan pada setiap tahun ialah pelbagai acara-acara yang dipersembahkan yang melambangkan kesenian, kehidupan, tradisi, kegiatan ekonomi dan kebudayaan masyarakat negeri ini khususnya masyarakat Bumiputera Kadazan Dusun dan Murut.
Sepertimana yang kita saksikan
hari ini, majlis ini dihiasi bukan sahaja dengan acara-acara kebudayaan tetapi
juga pameran produk ekonomi selain menonjolkan corak kehidupan masyarakat
Bumiputera melalui pertunjukan rumah-rumah tradisi dan hidangan makanan tradisi
daripada sebilangan besar masyarakat di
Kemajuan yang dikecapi oleh
masyarakat dan negeri Sabah dari segi kebendaan, teknologi, ekonomi, perubahan
sosial, pengurusan dan sebagainya tidak akan membawa sebarang makna sekiranya
nilai-nilai kemasyarakatan tidak dipupuk melalui perpaduan dan kerjasama yang
menjadi asas kepada pembentukan kemajuan, perubahan dan pembangunan. Justeru, tema perayaan Pesta Kaamatan pada
tahun ini iaitu "KEAMANAN MELALUI
KEBUDAYAAN" adalah bertepatan dengan kemakmuran masyarakat negeri
Sabah khususnya dan
Keamanan sesebuah negara tidak
akan wujud dengan sendirinya tanpa usaha dan sikap toleransi atau keterbukaan
masyarakat yang berbilang kaum untuk memahami dan menghayati budaya serta
tradisi suku kaum yang lain.
Keprihatinan masyarakat umum di
negara ini tentang kebudayaan dan kepercayaan kaum lain menjadi asas kepada
pembentukan perpaduan dan kerjasama yang tinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan terhadap penganjuran
program-program berbentuk kemasyarakatan seperti perayaan Pesta Kaamatan ini
untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan, persefahaman dan perpaduan antara
kaum. Inilah kekuatan dalaman yang
dimiliki oleh
Pada hari ini, sektor pelancongan telah berkembang dengan pesatnya di negara dan negeri ini sehingga menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi kita. Bersandarkan kepada potensinya yang sangat besar serta manfaat yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat jelata, sektor pelancongan turut dijadikan salah satu daripada inisiatif pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Pendekatan-pendekatan seperti ini akan terus dijayakan oleh kerajaan demi memastikan agenda pembangunan yang dilaksanakan termasuk yang berkaitan dengan seni budaya masyarakat tempatan menyumbang ke arah pemantapan nilai-nilai perpaduan dan keamanan dalam kalangan seluruh rakyat di negeri ini.
Sekian dan terima kasih.