Pilihan Raya Ke-12:
Rakyat Semporna Ikrar Lenyapkan Wang Deposit Pembangkang
Oleh: Arshad Hussin
SEMPORNA: Semua penduduk di kawasan DUN Senallang berikrar mengikat janji taat setia kepada perjuangan Barisan Nasional yang sudah lama berjasa kepada mereka selama ini dengan mengotakan janji-janji pilihan raya lalu menyalurkan pelbagai bantuan pembangunan yang diperlukan rakyat di kawasan itu.
Rata-rata penduduk yang ditemui sempena kempen pilihan raya Ke-12 menzahirkan isi hati mereka dengan tulus ikhlas berdiri teguh memastikan kemenangan besar calon BN di kawasan itu.
Selain memberi keyakinan mereka (pengundi) berikrar dan akan memastikan semua calon-calon yang menentang calon BN akan hilang wang pertaruhan serta hilang kepercayaan keluarga.
Sehubungan itu seorang penduduk Kampung Sum-Sum Laut,Panglima Kaltun Panglima Duraman,54 menjelaskan perjuangan pembangkang termasuk calon Bebas yang berteraskan kepentingan peribadi dan kekeluargaan tidak akan dapat menawan penduduk di situ yang selama ini menikmati pelbagai bantuan kerajaan termasuklah bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka.
“ Kami akan pastikan calon pembangkang dan Bebas berputih mata dan hilang wang pertaruhan,” kata Panglima Kaltun.
N.C. Ibrahim Aping,menyeru penduduk kampong Look Bubul jangan menggadaikan maruah mereka dengan membuat pilihan salah menjelang hari pengundian pada 8 Mac ini.
Katanya, Barisan Nasional telah banyak berjasa kepada semua penduduk dan rakyat negeri ini dan perlu menzahirkan sokongan padu mereka kepada calon-calon BN demi kesinambungan pembangunan luar Bandar termasuk untuk kemajuan kampong Look Bubul serta masyarakat Semporna.
“ Masyarakat Bajau yang terkenal dengan kesetiaannya tidak akan pernah menderhaka kepada pemimpinnya yang telah banyak berkorban kepada rakyat khususnya membela,membangun dan keselamatan rakyat terjamin!” kata N.C.Ibrahim.
Sementara itu Calon Barisan Nasional,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran mengingatkan seluruh masyarakat Semporna bijak menimbang dan menilai kebaikan dan ketulusan BN yang selama ini berkorban membela nasib rakyat dengan tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang yang tidak mungkin mampu menunaikan janjinya kepada rakyat.
Katanya, hanya kerajaan BN yang memiliki jentera parti yang kuat dan kukuh mampu membela,membangun serta mempertahankan kedaulatan Negara ini.
Nasir menambah, calon pembangkang termasuk juga calon Bebas hanya tau mengadu domba rakyat dan meranapkan perpaduan rakyat tidak berupaya membawa apa-apa perubahan pembangunan kepada negeri ini sebaliknya hanya BN sahaja yang lebih perkasa membawa kebahagiaan,kesejahteraan serta kemakmuran kepada seluruh rakyat Negara ini.
“ BN amat telus membela nasib rakyat dengan pembuktian pelbagai kemudahan dan pembangunan yang kini kita nikmati sejak memerintah negeri ini,” kata Nasir.
Datuk Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,berkata demikian sempena melakukan lawatan ke kampong Ubian; Sum-Sum Laut;Kampung Damai;Kampung Selamat;Tagasan Tani dan Majlis Bersama Rakyat di Kampung Look Bubul disini.
Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri, berkata selain pembangunan infrastruktur BN juga telah banyak menyalurkan peruntukan dan bantuan bekalan elektrik,bekalan air,jalan raya,premis pendidikan,rumah ibadat serta memastikan keselamatan rakyat terjamin melalui pembinaan pangkalan tentera dan kompleks ibu pejabat polis.
Katanya, rakyat perlu sedar zaman sekarang bukan lagi masa untuk membuang masa dengan isu-isu remer temeh yang hanya mencetuskan perbalahan kaum tetapi era kini semua rakyat seharusnya memperkemaskan diri dengan pelbagai ilmu serta bersaing membina kebahagiaan keluarga melalui usaha berfaedah meningkat taraf ekonomi keluarga dan bukannya meracun pemikiran rakyat dengan pelbagai propaganda dan fitnah kotor.
“ Isu-isu sakit hati dan cakap-cakap kedai kopi tidak lagi releven pada zaman ini senaliknya hanya membuang masa merugikan diri sendiri,” kata Nasir.
Nasir berkata,perjuangan pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya dan meraih simpati bukannya ikhlas mahu membela rakyat tetapi ingin mengadu untung nasib menjadi pemimpin Mee Segera tanpa menghiraukan kebajikan rakyat.