Terima Kasih Rakyat Senallang

Oleh: Arshad Hussin

 

 

SEMPORNA: Calon Barisan N.53 DUN Senallang,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran melahirkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakyat Semporna khususnya  pengundi  bagi kawasan Dun Senallang yang telah menzahirkan kesetiaan serta kepercayaan kepada kepimpinan BN dengan memberi kemenangan majoriti yang lebih besar.

 

Datuk Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna bertanding atas tikit BN-UMNO mengkecundangkan dua pencabar dari Parti Keadilan,Hasaman Sagaran dan Asmara Asmad dengan mendapat 6,083 dan Majoriti 5,432 undi serta melenyapkan wang deposit keduanya pada pilihan raya ke-12 lalu.

 

Nasir yang ditemui di kediamannya menjelaskan sokongan padu itu merupakan pertanda perjuangan tulus ikhlas BN yang dipimpin Perdana Menteri,Dato’Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman  masih relevan dan tetap diterima rakyat keseluruhannya pada masa kini dan selamanya.