Imarahkan Masjid,kata Nasir
Arshad Hussin
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran diringi isteri,Datin Hajjah Rukiah Badar telah merasmikan surau Nur Falak Kampung Senallang Laut dalam kawasan DUN Senallang semalam.
Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia (JASA),Datuk Haji Utoh Said Usbah,Pegawai Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Anak Negeri,Haji Muhammad Md Osman,Ketua Anak Negeri Malayat Utoh Lanjang dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO),Haji Abdullah Sukka.
Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,mengingatkan masyarakat Islam di kawasan itu sentiasa bekerjasama mengimarahkan surau dan masjid dan memanfaatkannya sebagai pusat pendidikan agama dan pembinaan modal insane.
Katanya,kerajaan telah banyak menyumbang dan menyalurkan pelbagai bantuan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik dan anutan agama kerana kerajaan ingin melihat rakyat menikmati pembangunan bersepadu dan setara dengan masyarakat lain di dunia.
Pengerusi Surau Nur Falak,NC Muhammad Md Osman,menjelaskankan Kampung Senallang Laut telah ditubuhkan pada tahun 1978 oleh dua orang pengasa utama Haji Kalibugan Jabbuan@Haji Osman dan Haji Palanji Jawaji dan sebuah surau dibina pada tahun 1966 dengan peruntukan kerajaan Persekutuan,kerajaan negeri serta sumbangan daripada Yayasan Sabdi Semporna.
Katanya,penjenamaan semula surau itu dengan nama baru Nur Falak adalah hasil gabungan nama pengasas kampong itu yang membawa maksud muafakat dua belah pihak yang telah bekerjasama mengwujudkan kampong tersebut.