Pilihan Raya Ke-12:

 

Semporna Kekal Kubu Kuat BN Sabah

Oleh: Arshad Hussin

 

 

 

Semporna: Kesemua calon Barisan Nasional di kawasan Parliman 189 Semporna meliputi DUN N.53 Senallang dan N.52 Sulabayan berjaya mempertahankan kemenangan BN yang dimenangi pada pilihan raya ke-11 2004.

 

Calon Barisan Nasional bagi kursi DUN N.53 Senallang,Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menewaskan dua pencabarnya Hasaman Sagaran dari Parti Keadilan dan Asmara Asmad dengan mendapat undian 6,083 dan majoriti 5,432 undi.Kedua calon pembangkang hilang wang pertaruhan.

 

Sementara Calon BN bagi kawasan DUN N.52 seorang muka baru Datuk Haji Harman Mohammad menewaskan pencabarnya Haji Mohd Abd Wahab Panglima Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat dengan memperolehi 4,501 undi dan majotiti 2,037 undi.

 

Bagi Parlimen P.189 Calon BN,Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Mohd Shafie Apdal memperolehi 19,419 dengan majority 17,462 menewaskan Calon Parti Keadilan Rakyat,Abd Azis Abd Hamid yang memperolehi undian 1,957.