Pilihan Raya Ke-12:
Tunai Tanggungjawab,kata Nasir
Oleh: Arshad Hussin
Semporna:Calon Barisan Nasional (BN) DUN Senallang,Datuk Nasir Tun Sakaran merayu semua rakyat di negeri ini khususnya di Kawasan DUN Senallang dan Parlimen Semporna turun mengundi menjelang hari pengundian pilihan raya Ke-12 pada 8 Mac ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung pemerintahan demokrasi berpelembagaan.
Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,menjelaskan pilihan raya yang dijalankan ini adalah untuk memilih kerajaan sekaligus menjadi penentu kepada masa depan sebuah kerajaan yang mampu membela rakyat dan membangunkan Negara ini dengan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
Justru itu katanya,rakyat perlulah bijak membuat pilihan serta mengundi calon parti Barisan Nasional (BN) yang mampu Membela dan Membangun serta menjamin keselamatan rakyat sepenuhnya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Bersama Rakyat di Kampung Mantaritip dan Kampung Air Semporna dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu Isteri Datuk Nasir,Datin Hajjah Rukiah Haji Badar, Ketua Anak Negeri Hj Muhammad Md.Osman, N.C.Malayat Otto Lanjang,Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San,Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng,Ketua Pemuda UMNO Semporna,Nixon Haji Habi serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Nasir,berkata rakyat seharusnya sedar dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang yang hanya timbul dimusim pilihan raya dan akan lensap bila tidak mendapat sokongan rakyat.
“ Yakinlah,hanya kerajaan Barisan Nasional yang mampu memperjuangkan nasib bangsa,agama dan Negara ini dengan lebih berkesan,” kata Nasir.
Katanya,calon pembangkang dan bebas yang hanya menjelma di musim pilihan raya tidak mempunyai hala tuju sebaliknya hanya ingin menangguk di air yang keruh mencari kesempatan menabur fitnah dan melontar seribu janji yang tidak mungkin dan tidak akan pernah ada mungkin dapat menunaikannya.