Imam Perlu Proaktif Tingkat Syiar Islam

Oleh: Arshad Hussin

 

 

SEMPORNA: Imam Kariah dan imam Rawatib disaran memainkan peranan lebih proaktif membantu meningkatkan syiar Islam serta menyatupadukan masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan tugas dan tanggungjawab para imam sangat diperlukan bagi membantu masyarakat Islam memahami serta mendalami hukum-hakam agama khususnya mengenai ibadat disamping turut menyelesaikan masalah berkaitan agama yang dihadapai rakyat.

 

Datuk Nasir yang juga Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam Negeri Sabah meminta imam memastikan umat Islam tidak terjebak dengan pelbagai isu dan perkara-perkara yang melanggar hukum agama selaras dengan syariat Islam.

 

Beliau berkata demikian sempena merasmikan penangguhan Kursus Kepimpinan Masjid Daerah Semporna di masjid Ar-Rahman di sini.

 

Hadirsama sempena majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Bugaya,Datuk Haji Ramlee Marahaban,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,Haji Amri Suratman,Pegawai Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Haji Amir,Pegawai Perhubungan JHEAINS Semporna,Haji Hamad Mokthar serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

 

Kursus selama sehari itu disertai lebih 120 orang imam seluruh daerah Semporna.

 

Nasir berkata,imam merupakan pemimpin kepada masyarakat diperingkat akar umbi dari segi pengurusaan hal ehwal umat Islam dan pembangunan insan.

 

Katanya,kerajaan selama ini telah membelanjakan dana yang besar membina premis agama yakni surau dan masjid di seluruh pelusuk negeri semata-mata ingin melihat umat Islam di negeri ini melakukan ibadat dalam keadaan yang selesa dan aman.

 

Nasir,menambah adalah menjadi tanggungjawab para imam memastikan semua surau dan masjid dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pusat pembinaan insan yang berilmu serta berpengetahuan.

 

Nasir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Islam Hadhari Negeri Sabah,meminta semua imam negeri ini turun padang menjelaskan kepada rakyat mengenai Konsep Islam Hadhari sebenar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi.

 

Katanya,pendekatan Islam Hadhari bukanlah agama baru tetapi ianya adalah satu pendekatan yang dirangka untuk membawa umat Islam dan rakyat Negara ini ke mercu cemerlang,gemilang dan terbilang.

 

Sementara itu,Pengarah JHEAINS,Haji Amri Suratman,menggesa para imam meningkatkan taraf perkhidmatan mereka dengan lebih efesyen,dedikasi serta komited menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.

 

Katanya,perana aktif mereka (imam) perlu lebih fokas menyeru umat Islam mengimarahkan semua surau dan masjid.

 

Sempena majlis itu juga Datuk Nasir dan Datuk Ramlee menyaksikan Amri Suratman menyerahkan waran penyelenggaraan bagi lima buah masjid di daerah itu kepada wakil Pegawai daerah Semporna,Haji Bastani.