Negara Damba Pemimpin Telus

Oleh: Arshad Hussin

 

 

SEMPORNA: Dalam era pembangunan yang semakin pesat dan mencabar hari ini negara amat mendambakan kepimpinan yang telus dan mampu mengangkat martabat agama Islam untuk membawa kesejaahteraan serta kemakmuran kepada seluruh bangsa dan agama yakni kepimpinan terbilang.

 

Sehubungan itu kepimpinan Negara yang diterajui YAB Perdana Menteri,Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi adalah kepimpinan yang telah terbukti berjaya memartabatkan semula agama Islam sebagai pencetus kepada kemakmuran yang dikecapi rakyat Negara ini sehingga kini.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah kerajaan yang telah wujud sejak Negara mencapai kemerdekaan ke-50 tahun dan telah banyak berjasa kepada segenap lapisan rakyat Negara ini.

 

Katanya, sejarah yang berpaksikan fakta membuktikan pembangunan Negara yang dikecapi kini adalah hasil daripada kepimpinan kerajaan BN yang sukar dicari ganti.

 

Justru itu Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah mengingatkan masyarakat Islam terus mengukuhkan perpaduan serta bersatu mendokong perjuangan kerajaan tanpa menghirau dan terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba menangguk di air keruh.

 

Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna berkata demikian sempena merasmikan Festival Nasyid,Kompang dan Marhaban peringkat Daerah Semporna di sini.

 

Hadirsama sempena majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri N.54 Bugaya,Datuk Haji Ramli Marahaban,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabani,Pegawai Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Amir,Pegawai JHEAINS,Haji Hamad Mokthar serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.