Pilihan Raya Ke-12:

 

Komitmen Pemimpin Akar Umbi Jayakan Kemajuan Kampung

Oleh: Arshad Hussin

 

 

SEMPORNA: Kemajuan pembangunan sesebuah kampong sebenarnya banyak bergantung kepada komitmen kepimpinan diperingkat akar umbi yakni keikhlasan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (PJKK),Ketua-Ketua Kampung dengan kerjasama penduduk kampong.

 

Tanpa komitmen jitu dan ketelusan mereka berkhidmat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan akan membawa kemunduran kepada masyarakat kampong itu sendiri.

 

Sehubungan itu semua pengerusi JKKK,ketua-kampung  yang telah diberikan mandat oleh kerajaan seharusnya memikul tanggungjawab dengan perkhidmatan yang penuh ikhlas,dedikasi serta tidak mementingkan diri sendiri.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan tidak hairanlah apabila menjelang pilihan raya banyak isu-isu berkaitan pembangunan kampong; keluhan rakyat tidak berpuas hati terhadap kepemimpinan peringkat akar umbi yang dikatakan bersikap pilih bulu;surat permohonan yang tidak sampai kepada Wakil Rakyat dan pelbagai lagi isu yang sepatutnya tidak lagi timbul ditengah era globalisasi kian rancak dengan pelbagai plan pembangunan yang melibatkan pembangunan koridor Sabah (SDC).

 

Katanya,Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang dilantik bertujuan menjadi mata dan telinga kerajaan bagi membantu kerajaan memantau masalah rakyat dan dikemukakan kepada wakil rakyat untuk diambil tindakan selanjutnya.

 

Sebab itulah katanya,beliau dan sentiasa turun padang sepanjang tahun dan selepas pilihan raya lalu bertujuan mendengar keluhan rakyat namun tanpa laporan tepat pemimpin2 masyarakat ianya tidak akan dapat maklumat yang jelas.

 

Sehubungan itu beliau meminta semua pemimpin masyarakat khususnya PJKK dan ketua kampong melaksanakan tugas dengan penuh jujur tanpa menyembunyikan sedikitpun masalah dihadapi rakyat demi kebaikan bersama.

 

Nasir yang juga mantan Adun N.53 Senallang yang mempertahankan kawasan itu dipilih semula sebagai Calon BN di kawasan itu menjelaskan,kerajaan sentiasa prihatin membela dan membantu rakyat di semua pelusuk negeri ini tanpa mengiran suku kaum,anutan agama mahupun fahaman politik.

 

Beliau yang memenangi kursi DUN Senallang dengan mendapat  5,361 undi dan mendapat majoriti 4,619 undi pada pilihan raya Ke-11 menewaskan empat pencabarnya dari Bebas dan PKR sentiasa turun padang memastikan semua kawasan kampong di bawah takluk jajahannya mendapat agihan pembangunan kerajaan.

 

Katanya, rakyat hendaklah banyak bersabar menunggu giliran agihan projek pembangunan dan bantuan PPRT yang disalurkan kerajaan kerana projek-projek yang ditadbir oleh kerajaan berdasarkan kepada keutamaan keperluan sesuatu tempat dan bukannya seperti mesin ATM atau suis lampu yang dipetik terus menyala.

 

Nasir, menambah janganlah kerana tidak mendapat bantuan atau sesuatu jawatan yang diharapkan terus merajuk bangkit melawan kerajaan dengan harapan mahu membela nasib rakyat dan keluarga.

 

Sementara itu Ketua Cawangan UMNO Kg Bubul Batu Dua,Hajjah Intan Matali,berpuas hati dengan kejayaan pembangunan yang dicapai kerajaan selama ini di daerah Semporna sambil menyifatkan pembangkang yang bertanding pada pilihan raya ke-12 di DUN Senallang hanya suka menabur janji manis dan mustahil akan dapat mengkotakan janji kosong mereka.

 

“ Kerajaan BN telah banyak berjasa kepada kami dan tidak pernah ada mungkin kami berkhianat kepada kerajaan yang telah membela nasib bangsa,agama dan Negara ini,”kata Hajjah Intan.

 

Seorang penduduk,Samulong Gunong,merayu kepada penduduk kampong Hujung Airport dalam kawasan Dun Senallang mengenang jasa dan kebaikan kerajaan serta memberikan sokongan padu kepada Calon BN Dun Senallang yang selama ini sentiasa prihatin dan memberikan banyak nasihat dan bantuan kepada pembangunan kampong mereka.

 

“ Kami tidak rela ada orang yang cuba mencemarkan nama baik pemimpin-pemimpin BN yang berjasa kepada rakyat negeri inikatanya.

 

Abd Muhammad Haji Halipa@Hj Mohd Jaafar pula berkata tiada kerajaan lain selain kerajaan BN yang ditunjangi UMNO sahaja yang dapat membangunkan rakyat dan Negara ini.

 

Katanya, jika rakyat di DUN Senallang ingin menikmati pembangunan berterusan hendaklah memberikan sokongan jujur dan ikhlas kepada calon-calon BN yang bertanding dalam pilihan raya ke-12 ini.

 

“ Marilah kita semua memeberikan sokongan dan membuat pilihan yang bijak pada 8 Mac ini kepada pemimpin yang telah membawa limpahan pembangunan di kawasan Senallangkata Abd Muhammad.