Pilihan Raya Ke-12:
Jentera BN ditunjangi UMNO berpimpin tangan sedia menggempur
Oleh: Arshad Hussin
SEMPORNA(Senallang): Jentera Barisan Nasional yang ditunjangi parti UMNO dan seluruh lapisan rakyat kawasan Parlimen Semporna kini bergabung tenaga berpimpin tangan sedia menggempur sekaligus meranapkan kubu pertahanan pembangkang bagi memastikan semua calon pembangkang tersungkur mengelupur di medan pertarungan.
Bagi memastikan kemenangan besar BN di Parlimen Semporna khususnya di DUN N.53 Senallang gerak gempur Pemuda BN,Puteri UMNO serta Wanita UMNO dibantu gerak gempur komponen BN sudahpun melangkah maju mengibarkan panji-panji diseluruh pelusuk kampong menyedarkan rakyat jangan tertipu dan terpedaya dengan JANJI MANIS pilihan raya yang digembar-gemburkan pihak pembangkang dan calon-calon Bebas.
Perjuangan politik pembangkang yang lebih mirip kepada politik kekeluargaan,sakit hati, balas dendam dan isu remeh temeh tidak lagi relevan pada era globalisasi kerana rakyat semakin bijak menilai intan permata dengan kilauan kaca.
Nixon Haji Habi,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,berkata perjuangan pembangkang yang meletakkan calon-calon mereka menentang calon BN tidak sedikit pun membimbangkan Barisan Nasional kerana perjuangan telus yang diperkenalkan BN telah lama berakar umbi di hati rakyat negeri ini.
Katanya,meskipun pelbagai cara dan taknik cuba diketengahkan pembangkang mengabui mata rakyat namun ianya tidak akan dapat menambat hati rakyat yang sudah menikmati pelbagai pembangunan di berikan BN selama ini.
Sementara itu Wakil Ketua Anak Negeri,Bahulok Masiuddin,52 dari Kampong Pegagau Phase 1,menjelaskan dia tidak pernah menderhaka kepada BN kerana dia serta keluarganya berpuas hati dengan perjuangan BN serta menikmati pelbagai pembangunan di kampongnya.
Bahuluk,berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjuang atas nama Balas Dendam untuk kepentingan peribadi tidaka akan dapat menandingi ketelusan,keikhlasan BN yang membela nasib rakyat negeri ini.
“ Saya tidak pernah menyokong pembangkang apa lagi parti PKR.Hubungan saya dengan individu yang menderhaka kepada BN hanyalah sebagai hubungan keluarga dan kawan mencari makan dan bukannya sebagai ahli PKR,” kata Bahuluk menafikankan tuduhan masyarakat kampong.
Bahuluk,menambah dia berjanji akan terus berjuang habis-habisan menentang pembangkang yang cuba merosakkan kepercayaan rakyat terhadap semua pemimpin BN.
Abd.Rahim Ahmad,58 meminta rakyat kampongnya di Aman Jaya tidak sesat dan terpengaruh dengan helah dan fitnah yang ditabur pembangkang yang suka menangguk di air yang keruh.
“ Saya meminta semua masyarakat kampong ini mengkotakan ikrar mereka menyokong BN tanpa berbelah bagi kerana selama ini kami di sini sentiasa dikunjungi pemimpin BN dan menyalurkan bantuan kerajaan serta menyelesaikan masalah yang penduduk hadapi di sini,” katanya penuh yakin.
Seorang peniaga Steven Gan,60 sangat menghargai perjuangan dan kepimpinan Barisan Nasional yang telah banyak berbudi kepada masyarakat Semporna dengan mengwujudkan Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia serta Kompleks Ibupejabat Polis yang telah memberikan sumbangan besar kepada keselamatan daerah itu.
“ Kami kaum Cina serta seluruh masyarakat di sini cukup merasa aman dan damai berniaga dan berhubungan baik dengan masyarakat Melayu,” kata Steven.
Tambahnya,kehidupan harmoni kaum dibantu keamanan serta kesejahteraan yang disumbangkan BN tidak akan dapat ditukar ganti.
Steven menegaskan,kalau dulu mereka sentiasa takut dengan serangan Mundu namun kini mereka tidur nyenyak tanpa gangguan anasir jahat.
Sementara itu Rozianah Jamirul,24 melahirkan terima kasihnya kepada BN yang telah banyak menyumbangkan bantuan kepada rakyat negeri ini khususnya di kawasan N.53 Senallang.
Katanya,kini rakyat Semporna semakin ramai memiliki ijazah dan berjaya dipelbagai bidang kerjaya termasuklah bidang niaga dan pendidikan.
Sebagai generasi muda Rozianah menyeru semua rakyat khususnya golongan belia dan remaja tidak terpedaya dengan propaganda pembangkang yang cuba mencemarkan keyakinan rakyat kepada BN.
Rozianah,berkata sejak BN memerintah negeri ini banyak pembangunan telah disalurkan termasuklah lebuh raya pesisir pantai,pangkalan tentera laut,premis pendidikan serta pembinaan destinasi pelancongan yang terkenal di seantero.
Sehubungan itu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan rakyat di kawasan Senallang telah lama menikmati pelbagai pembangunan nikmati sejak BN memerintah negeri ini termasuklah pembangunan infrastruktur,perhubungan jala raya,pendidikan,kesihatan,keselamatan mahupun ekonomi dan pelancongan.
Justru itu,katanya rakyat diingatkan tidak tertipu dan terpedaya dengan perjuangan pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya Ke-12 menentang calon Barisan Nasional di Parlimen Semporna khususnya di Kawasan N.53 Senallang.
Tambahnya lagi,perjuangan pembangkang yang menentang calon BN di kawasan itu semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,sakit hati,dan balas dendam selepas kehendak mereka tidak ditunaikan oleh pemimpin.
Tegasnya,perjuangan seumpama itu tidak akan membawa kemajuan kepada seluruh rakyat sebaliknya merugikan mereka sendiri.