UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI PANGLIMA
MUSA HAJI AMAN SEMPENA PELANCARAN KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH DI PELABUHAN KONTENA
TELUK SAPANGAR, KOTA KINABALU
29 JANUARI 2008
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat pagi dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah izin dan rahmat-Nya, maka pada hari ini kita sama-sama telah diberi
kesempatan untuk menyaksikan satu lagi detik bersejarah bagi Negeri Sabah, iaitu
pelancaran Koridor Pembangunan Sabah atau SDC, yang akan disempurnakan sebentar
nanti oleh pemimpin kesayangan kita, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima
Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah serta seluruh
rakyat Malaysia di Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran penuh bermakna Yang Amat Berhormat
Datuk Seri, untuk merealisasikan impian dan aspirasi pembangunan bagi seluruh
rakyat di Sabah. Keprihatinan dan
keikhlasan beliau dalam mencetuskan inisiatif dengan impak berganda kepada
seluruh rakyat
Acara penuh bermakna pada pagi ini bukan sekadar
mencatat sejarah sebagai hari pelancaran Koridor Pembangunan Sabah semata-mata
tetapi lebih daripada itu, acara ini menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri sama-sama memegang komitmen yang tinggi untuk
melihat Negeri Sabah ini akhirnya berjaya membangun seiring dengan
negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat ini
menerusi semangat kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,
Pelan Koridor Pembangunan Sabah ini juga telah dibentuk berdasarkan kepada Misi
Nasional dan Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah. Ini bagi menjamin
hubungan kerjasama mantap yang sedia terjalin selama ini akan terus dizahirkan
di bawah pelaksanaan pembangunan koridor ini nanti.
Dalam hubungan ini, rakyat Malaysia di Sabah amat
berterima kasih dan menghargai cetusan idea daripada Y.A.B. Perdana Menteri ini
memandangkan inisiatif ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat
melalui usaha mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Lebih membanggakan lagi apabila Y.A.B.
Perdana Menteri dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab mendengar dan
seterusnya bersetuju untuk mengubahsuai sedikit konsep Koridor Pembangunan
Sabah ini, iaitu koridor ini akan melibatkan seluruh kawasan di negeri ini
untuk menjamin faedah serta manfaat daripada pembangunan koridor ini akan
dinikmati secara lebih menyeluruh.
Memandangkan Koridor Pembangunan Sabah ini kelak
merangkumi pembangunan seluruh wilayah, peluang-peluang yang tersedia nanti
bukan sahaja akan diperuntukkan kepada syarikat-syarikat besar, tetapi juga
akan memberi peluang yang sama rata kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk
sama-sama memainkan peranan dalam pelaksanaannya nanti. Dalam hal ini, Koridor Pembangunan Sabah bolehlah
disifatkan sebagai harapan seluruh rakyat jelata yang akan diperkukuhkan dengan
pendekatan-pendekatan lebih konkrit.
Kita yakin, dengan sokongan daripada kerajaan, harapan rakyat jelata ini
akan mampu direalisasikan dalam masa yang terdekat.
Dalam pada itu, kerajaan akan berusaha sedaya upaya
untuk memastikan pembangunan koridor ini nanti tidak mengorbankan keindahan
alam semulajadi dan juga keunikan warisan budaya di negeri ini, walaupun antara
teras utamanya adalah meningkatkan nilai tambah kepada aktiviti industri.
Kerajaan turut mengambil berat tentang keperluan
untuk melibatkan masyarakat luar bandar dalam apa juga program pembangunan yang
akan dilaksanakan, meskipun pada masa yang sama kerajaan terus berusaha untuk
menarik pelaburan asing bagi sama-sama menggerakkan pembangunan koridor
ini. Ini merupakan sebahagian daripada
usaha berterusan kita untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi yang masih wujud di
kalangan rakyat di negeri ini.
Pada akhirnya, Koridor Pembangunan Sabah ini akan
mensasarkan matlamat jangka panjangnya dengan menjadikan Negeri Sabah sebagai
salah sebuah tempat yang mudah dan selesa untuk didiami di rantau
I wish to take this opportunity to welcome all our
guests who have come from near and far to be with us on this historic
occasion. Welcome to the Land Below the
wind.
I also wish to acknowledge the presence of our Right
Honourable Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi and thank him
for gracing this auspicious occasion.
The Sabah Development Corridor as well as the other
Corridors in
If I may say so, everyone who comes to
We believe that
The State’s abundant natural resources, wealth of
biodiversity and rich cultural heritage are its key strengths. Already, this
has firmly placed
There is enormous potential in all sectors:
agriculture, tourism, manufacturing, oil&gas and even culture. For example, the Palm Oil Industrial Cluster
(POIC) in Lahad Datu, a district in the east coast of
What is more,
A competitive package of incentives will be provided
to spur private sector interest in the promoted sectors. This, plus the rich
natural resources and biodiversity, gives us a competitive advantage over many
places.
Having said that the Sabah Development Corridor is
not just about mega projects and the bottomline.
We also realize that the objectives of the Sabah
Development Corridor will not be met unless we invest in human capital. In this
respect, one of the key projects under the Corridor is Sandakan Education Hub,
which will be home to many institutes of higher learning.
Ladies and Gentlemen,
The Sabah Development Corridor Blueprint outlines
the path to success, but it is up to us – together with the government’s
support – to make tomorrow a better one for ourselves. The key to success in
achieving our goals is unity: we all have to work together and pull in the same
direction. And so, I invite all Malaysians in
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi bagi
pihak Kerajaan Negeri Sabah dan seluruh rakyat Malaysia di Sabah merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Panglima Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang kita kasihi atas
kesudian beliau menyempurnakan majlis pelancaran Koridor Pembangunan Sabah pada
hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Jeanne Abdullah yang sudi
hadir bersama-sama kita petang ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua
pihak yang sama-sama menjayakan majlis pelancaran ini terutamanya Jawatankuasa
Penganjur di ketuai oleh YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Institute
Development Studies, State Economic Planning Unit, Suria Capital, Ethos
Consultant, Cipta Asia, Fox Communications dan Acorn Communications serta pihak
media massa yang memberi liputan yang menyeluruh terhadap usaha ini.
Semoga dengan pelancaran Koridor Pembangunan Sabah
ini nanti akan membolehkan lanskap ekonomi negeri berubah wajah dengan
menampilkan lebih banyak kemajuan dan kemakmuran untuk dinikmati oleh seluruh
rakyat jelata di negeri ini.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh