Rakyat
Perlu Bijak Menilai
Oleh:
Arshad Hussin
SEMPORNA:Rakyat
perlu bijak menimbang dan menilai kebaikan dan ketulusan
kerajaan BN yang selama ini berkorban membela nasib rakyat
negeri ini dengan tidak terpedaya dengan janji manis pihak
pembangkang yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyat.
Timbalan
Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Nasir Tun
Sakaran,berkata pembangkang yang hanya tau mengadu domba dan
meranapkan perpaduan rakyat tidak berupaya membawa perubahan
pembangunan kepada negeri sebaliknya hanya kerajaan BN sahaja
yang lebih perkasa membela nasib dan untung rakyat negeri ini.
Nasir
berkata,nasib masyarakat dan rakyat di kawasan-kawasan luar
bandar khususnya di kawasan di pulau negeri ini tetap
mendapat pembelaan kerajaan dengan penyaluran pelbagai bantuan
kemudahan oleh kerajaan agar rakyat dapat menikmati pembangunan
setara.
Selain
kemudahan balai raya, surau, pondok polis dan pos tentera di
pulau-pulau terutama di Semporna kini tidak lagi terpinggir dari
arus pembangunan.
Nasir yang juga Adun
Kawasan N.53 Senallang, menjelaskan selaras dengan saranan
Perdana Menteri Dato¡¦Seri Haji Abdullah Ahmad
Badawi,pihaknya sentiasa mengamalkan dasar turun padang dan
mendengar masalah yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.
Nasir berkata demikian
sempena menghadiri majlis bersama rakyat di Pulau Manampilik dan
Pulau Mabul, Semporna.
Hadirsama
sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,
Pegawai Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua
Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabani,Pegawai Kemajuan Masyarakat
(CDO),Lassim Gerawan dan ADDO Parlimen Semporna,Haji Abdullah
Sukka.
Sehubungan
itu Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,
menasihatkan rakyat sentiasa mengukuhkan perpaduan sesama kaum
sebagai teras kekuatan rakyat mempertahankan kerajaan BN yang
telah banyak memberikan banyak pengorbanan serta membela nasib
rakyat keseluruhannya.
Katanya,rakyat
seharusnya lebih bersyukur dengan pengorbanan kerajaan BN yang
telah banyak memberikan segala nikmat pembangunan dan perlu
mengenang jasa yang telah diperjuangkan semua pemimpin kerajaan
demi melihat nasib rakyat negeri ini terbela sepenuhnya.
“ Kita
harus pelihara perpaduan ini kerana Negara kita terdiri daripada
berbilang suku kaum yang saling bergantung satu sama
lain,¡¨katanya.