BATON SUKAN KOMANWEL TIBA BAGI MENANDAKAN BERMULANYA ACARA LARIAN DOMESTIK -7/7/98

KOTA KINABALU: Michael Fennel, Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) diiringi oleh para pengawai tempatan, membawa Baton Sukan Komanwel ke Istana pagi tadi. Baton tersebut tiba dari Brunei semalam. 

Ketibaan baton yang disambut oleh maskot Sukom "Wira" dan gadis-gadis berpakaian tradisi serta paluan kompang dan bunga manggar menjadikannya satu upacara bersejarah dan simbolik yang menandakan bermulanya larian domistik di Sabah, kata Fennel.

Baton yang direkacipta dengan ukiran yang begitu menarik sekali yang mengandungi perutusan khas Ratu Elizabeth bagi sukan Komanwel ke-10 di Kuala Lumpur pada 11 September 1998, dan upacara penyerahannya telahpun dilakukan pada di Mac tahun ini di Istana Buckingham, England. Ratu Elizabeth menyerahkan baton tersebut secara rasmi kepada Pengerusi Eksekutif Sukon 98 Bhd, Tan Sri General (B) Hashim Mohd Ali.

Ketika mengulangi seruan Sukom "Let's Make it Great", Fennel berkata, Larian baton merupakan acara pertama di mana semua negara komanwel mengambil bahagian. Sukan ini katanya juga adalah acara yang pertama yang melibatkan semua sukan berpasukan dan ini merupakan sukan Komanwel yang terakhir bagi abad ini.

Ia akan memberikan peluang kepada masyarakat tempatan untuk merasai, melihat dan turut mengambil bahagian dalam sukan tersebut yang menjadi harapan dan aspirasi bagi semua peserta negara Komanwel dan juga nilai-nilai murni yang kita kongsi bersama, Fennel berkata.

Larian yang akan bermula di Tawau esok akan mengambil masa selama sembilan hari untuk merentasi 16 daerah akan berakhir di Sindumin, Sipitang.

Pada pagi tadi, seramai 146 orang pelari baton berbaris di sepanjang jalan menuju ke Istana Negeri untuk menyaksikan upacara tersebut. Barisan pelari yang diketuai oleh bekas ahli lompat tinggi negeri yang juga seorang peserta sukan Komanwel, Baljit Singh, Kemudiannya membuat larian simbolik sejauh 7 kilometer dari Istana ke bangunan Centerpoint.

Ketua Menteri Tan Sri Bernard Dompok menyerahkan baton tersebut kepada Baljit Singh, 41 tahun. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai, Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Tan Sri Dato' Haji Mohyiddin Hj. Mohd. Yassin, Pengerusi Eksekutif Sukom 98 Bhd. Tan Sri General (B) Hashim Mohd. Ali, Michael Funnel, Menteri-Menteri Kabinet dan ketua-ketua Jabatan Kerajaan.