Galeri Gambar | Hubungi Kami | Peta Laman   

 

Laman Utama

Maklumat Organisasi

Perkhidmatan Online

Majlis Bersama Jabatan

Sudut Kakitangan

 

Perkhidmatan Online

Pendaftaran Pelajar

 

Borang Pendaftaran
  Semak Status

Pendaftaran Penduduk

 

Borang Pendaftaran
  Semak Status

Penghantaran Barang

 

Borang Permohonan
  Semak Permohonan

Tempahan Bilik
  Borang Tempahan
  Semak Tempahan
--------------------------------

 

Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur membantu pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk mengambil dan menghantar barang persendirian dari tempat penginapan ke alamat kediaman pelajar di Sabah.

 
1.

Setiap pelajar hanya layak menghantar 1.5 meter isipadu (cu meters) melalui kapal laut. Bagi pegawai yang berkeluarga, kerajaan akan membayar tambang pengangkutan seperti berikut:

    1.5 meter isipadu (suami)
    1.5 meter isipadu (isteri)
    0.5 meter isipadu (tiap-tiap seorang anak)
2. Syarikat agen pengangkutan akan dilantik untuk mengurus pengambilan dan penghantaran barang.
3.

Permohonan penghantaran barang hendaklah dikemukakan ke pejabat ini selewat-lewatnyai 14 hari sebelum tarikh pengambilan barang. Permohonan yang lewat diterima mungkin akan menyebabkan tarikh pengambilan barang anda di tangguh atau ditukarkan ketarikh yang lain.

4. Barang-barang mudah pecah tidak digalakkan dihantar melalui penghantaran kapal laut ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan membawa barang-barang pelajar lain untuk tujuan keselamatan
6.

Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah benar. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anda memasukkan maklumat palsu dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang

7.

Sila sediakan satu salinan Kad Pengenalan dan Surat Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk diserahkan kepada wakil agen semasa membuat kutipan barang anda. Kegagalan anda menyediakan dokumen berkenaan boleh menyebabkan permohonan penghantaran barang-barang anda dibatalkan.

 

Dasar Privasi | Hubungi Kami | Peta Laman | Webmaster

 

PENAFIAN: Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini. Paparan terbaik dengan IE versi 6.0 dan keatas dengan resolusi 1024 X 768

Hakcipta terpeliharan 2009  Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur