Saiz Font A- A A+

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEBAJIKAN

 

Urusan

Tempoh Masa

1.

Perakuan kepada Kementerian Kewangan/JPAN/SPAN pengisian jawatan bagi justifikasi yang lengkap

2 Minggu

2.

Pengesahan Dalam Jawatan dan Pemberian Taraf Berpencen (tertakluk kepada dokumen yang lengkap)

2 Minggu

3.

Pengemaskinian Rekod Perkhidmatan Kakitangan dalam Buku Perkhidmatan dan SM2

1 Bulan

4.

Memastikan borang penilaian prestasi tahunan dikemukakan ke Jabatan Ketua Menteri

sebelum 31 Jan tahun berikutnya

5.

Memproses dokumen pencen kakitangan perkhidmatan Negeri yang lengkap diterima dan mengemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

12 bulan

6.

Sistem surat-menyurat yang diterima dan diedarkan untuk tindakan

3 hari (selepas diterima)

7.

Sistem pengurusan fail yang dikemaskini dan diedarkan untuk tindakan

2 hari

8.

Memastikan pegawai dan kakitangan PPNSKL menghadiri latihan/kursus/seminar

7 jam setahun

9.

Membantu Kebajikan pesakit/pengiring pesakit rakyat Sabah yang memerlukan rawatan di Semenanjung Malaysia dan memerlukan bantuan kewangan (tertakluk kepada ketepatan maklumat yang diberikan)

2 hari

10.

Penghantaran jenazah rakyat Sabah yang meninggal dunia di Semenanjung Malaysia ke Sabah (tertakluk kepada dokumen sokongan yang lengkap dan ketepatan maklumat)

1 hari

 

BAHAGIAN AKAUN

1.

Menyedia, menyemak dan meluluskan baucar bayaran am serta mengeluarkan cek dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima tuntutan dan bil yang telah lengkap

2.

Menyedia, menyemak dan meluluskan baucar bayaran gaji berasingan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima tuntutan yang lengkap

3.

Mengurus dokumen bagi pembayaran ganjaran kontrak dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh kakitangan berkenaan tamat kontrak

4.

Melengkapkan borang pengemaskinian data gaji kakitangan dalam tempoh 3 hari selepas dokumen diterima daripada kakitangan

5.

Mengeluarkan resit rasmi berkomputer dalam tempoh 3 hari

6.

Menyediakan flimsi lejar bulanan dalam tempoh 5 hari berkerja dari tarikh menerima flimsi daripada JBNS

7.

Membuat penyata penyesuaian bank dalam tempoh 3 hari dari tarikh menerima penyata bank

8.

Menghantar baucar-baucar asal ke JBNS dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penutupan akaun

9.

Menghantar salinan baucar dan buku vot ke kementerian/jabatan yang mengeluarkan waran peruntukan kecil dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penutupan akaun

10.

Mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun dua bulan sekali dan menghantar laporan ke Kementerian Kewangan dalam tempoh 5 hari selepas mesyuarat dijalankan

11.

Mengeluarkan Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dalam tempoh 3 hari dari tarikh menerima arahan daripada pengarah

12.

Mengeluarkan Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh 3 hari dari tarikh menerima salinan surat sokongan kelulusan E-izin daripada Pengarah

 

 

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PELANCONGAN

1.

Memberi maklumat berkaitan pelancongan dan pelaburan yang terkini dengan segera

2.

Meluluskan pinjaman/penyewaan pakaian tradisional setelah selesai pembayaran deposit/bayaran sewa

3.

Memberi pinjaman alat-alat muzik kebudayaan, kraftangan dan buku ilmiah setelah selesai urusan pengisian borang pinjaman dibuat dengan serta merta

4.

Brosur dibekalkan kepada pusat-pusat pelancongan di Kuala Lumpur pada setiap empat (4) bulan

5.

Laman Web pejabat dikemaskini pada setiap tiga (3) bulan

6.

Memberi taklimat maklumat pelancongan dan pelaburan yang tepat dan terkini

 

 

UNIT PENGINAPAN

1.

Memastikan tempahan bilik penginapan dari orang awam dapat diselesaikan dalam tempoh 2 hari berkerja dari tempahan diterima

2.

Memastikan pembelian dan penyediaan makanan/minuman kepada TYT dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dari surat diterima

3.

Memastikan semua urusan penyelenggaraan dan pengurusan bilik penginapan dapat dilakukan dalam tempoh 2 hari dari tarikh penyewa keluar (check out)

4.

Sentiasa memastikan semua harta milik kerajaan direkod dalam daftar iventori jabatan

 

 

UNIT PROTOKOL DAN PENGANGKUTAN

1.

Memberikan perkhidmatan Protokol yang berkualiti dan menepati waktu serta kesempurnaan tugas kepada VVIP/VIP dengan segera

2.

Memberikan perkhidmatan kenderaan yang semaksimum yang termampu kepada VVIP/VIP dan Penjawat Awam yang layak serta menepati ciri-ciri keselamatan

 

VVIP/VIP

-

Tempoh permohonan sekurang-kurangnya 2 hari

Penjawat Awam

-

Tempoh permohonan sekurang-kurangnya 4 hari

3.

Memberikan segala bentuk bantuan yang mungkin dalam permohonan Pasport Diplomatik dan permohonan Visa perjalanan kepada VVIP/VIP

 

Pasport diplomatik

-

Tempoh permohonan selama 10 hari

Visa

-

Tempoh permohonan selama 2 minggu

4.

Memberikan perkhidmatan tempahan bilik-bilik penginapan di hotel-hotel di Semenanjung dan Singapura

 

Semenanjung

-

Tempoh permohonan sekurang-kurangnya 3 hari

Singapura

-

Tempoh permohonan sekurang-kurangnya 4 hari