|
|
Rancangan 2001 - 2005 |
VISI
KE ARAH PUSPANITA CEMERLANG
MOTO
WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT
MISI
UNTUK MENJADI WANITA BERDAYA SAING, BERKUALITI, BERILMU,
BERKEMAHIRAN, BERKETRAMPILAN DAN BERTAKWA SUPAYA DAPAT
MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT
SEJAGAT.
DASAR
UNTUK MENINGKAT KEUTUHAN DAN DAYA
SAING WANITA UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DI ERA K-EKONOMI DAN GLOBALISASI.
UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN
PRESTASI DAN IMEJ PERKHIDMATAN AWAM KE ARAH MENYOKONG PELAKSANAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN.
MEMUPUK DAN MEMANTAPKAN NILAI
POSITIF DI KALANGAN WANITA KE ARAH PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN
KECEMERLANGAN DIRI.
MEWUJUDKAN SILATURRAHIM ANTARA
WANITA-WANITA DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.
MEMBANTU MEMUPUK HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG HARMONI KE ARAH MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL.
STRATEGI
MENINGKATKAN JUMLAH KEAHLIAN.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN ILMU PENGETAHUAN DIKALANGAN AHLI-AHLI.
MENGADAKAN PERKONGSIAN PINTAR
ANTARA PUSPANITA DENGAN BADAN-BADAN KERAJAAN DAN SWASTA DI PERINGKAT
KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.
MENJANA AKTIVITI YANG MENYOKONG DASAR-DASAR KERAJAAN:-
a) KE ARAH MEREALISASIKAN WAWASAN 2020.
b) MENGUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG, SIHAT DAN CERGAS
c) PENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI
d) PRIHATIN TERHADAP ALAM BINA DAN ALAM SEKITAR
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pendahuluan
PUSPANITA Kebangsaan menyediakan perancangan program lima tahun bermula 2001 - 2005. Perancangan lima tahun ini disediakan untuk mempastikan bahawa program-program yang boleh dimanafaatkan oleh ahli dapat dijalankan dengan sistematik dan menyeluruh.
Bidang Program
PUSPANITA Kebangsaan begitu perihatin dengan agenda Kerajaan dan perkembangan semasa. Oleh itu program yang dirancangkan meliputi bidang seperti berikut:-
(i) Kepenggunaan dan Undang-undang
(ii) Keusahawanan
(iii) Kesihatan
(iv) Sukan
(v) ICT
(vi) Lanskap, Hortikultur hiasan dan Hiasan Dalaman
(vii) Ketrampilan Diri
(viii) Pembangunan Keluarga
Objektif
Secara umum program yang dirancangkan ialah untuk:(i) Memberi pendedahan dan fahaman dalam aspek-aspek tertentu.
(i) Menyokong agenda Kerajaan Malaysia.
(ii) Mempertingkatkan kemahiran ahli dalam berbagai bidang.
(iii) Memberi peluang penglibatan kepada ahli.
(iv) Menggalakkan silatulrahim antara ahli.
Kaedah dan Aktiviti
Program-program yang dirancangkan adalah berbentuk kursus, bengkel, ceramah, latihan amali, pameran dan lawatan. PUSPANITA juga akan berusaha menjalankan aktiviti secara perkongsian pintar samaada dengan Jabatan Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri atau pun dengan Persatuan-persatuan lain. Program akan dijalankan samada secara tahunan atau "one-off".
Kewangan
Keperluan kewangan akan dikemukakan setiap tahun mengikut prosidur yang ditetapkan oleh PUSPANITA Kebangsaan. Permohonan-permohonan boleh dikemukakan kepada Badan-badan seperti Kem Pembangunan Wanita, Kem-kem Persatuan yang lain dan pihak swasta.