Ahli-ahli PUSPANITA yang dikasihi,

"Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita bertemu melalui laman web PUSPANITA ini. Sebagai Pengerusi PUSPANITA saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA yang telah memberi kerjasama, sumbangan bakti dan sokongan padu bagi menjayakan aktiviti-aktiviti dan program-program PUSPANITA sejak saya mengambil ahli tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi PUSPANITA mulai 3 Julai 2007. Sumbangan dan kerjasama ikhlas sedemikian amat saya hargai dan diharap dapat diteruskan dan dipertingkat lagi untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Mulai tahun 2008 ahli-ahli PUSPANITA boleh merujuk kepada Kalendar Aktiviti PUSPANITA di Laman Web ini untuk mendapat informasi mengenai aktiviti sepanjang tahun. Untuk mendapat maklumat lanjut ahli bolehlah berhubung terus dengan Urusetia PUSPANITA, Wisma PUSPANITA di Jalan Murai, Tanjung Aru melalui talian 088-235266/26.

Disamping itu, maklum balas dari ahli-ahli PUSPANITA Negeri Sabah amat dialu-alukan demi untuk melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti dan supaya penambahbaikan yang tepat dapat membantu perancangan dan pelaksanaan aktiviti dibuat sesuai dengan kehendak dan aspirasi semua peringkat ahli.

Saya menyeru kepada semua ahli supaya sama-sama menyumbang ke arah usaha meletak PUSPANITA sebagai salah satu persatuan wanita yang paling mantap dan progresif. Untuk mencapai objektif tersebut marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan imej PUSPANITA Negeri Sabah dan menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan penuh dedikasi, jujur, cekap dan sistematik serta penuh integriti.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

*WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT*

(DATIN HAJAH HAIRANI HUSSAINI)