|
|
PUSPANITA
NEGERI SABAH |
|
Salam sejahtera.
Saya mengucapkan tahniah kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah atas usaha mewujudkan laman web ini yang sudah tentu menjadi satu saluran maklumat yang sangat penting bukan sahaja untuk ahli-ahlinya tetapi juga masyarakat amnya.
Dengan melayari laman web ini ahli-ahli dan masyarakat umum boleh mengetahui serta mengikuti perkembangan dan berita mutakhir tentang aktiviti-aktiviti yang dirancang. Saya ingin menyeru kepada semua ahli PUSPANITA agar berusaha lebih giat lagi untuk menjadikan laman web ini lebih bermakna dengan memapankan maklumat-maklumat yang terkini,lengkap dan pelbagai. Bagi merealisasikan ini, adalah perlu bagi ahli-ahli menyumbangkan idea dan maklumat untuk dipapankan dalam laman web dan dikongsi bersama oleh ahli-ahli lain serta pengunjung-pengunjung laman web. Disamping itu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan laman web ini hendaklah sentiasa kemaskini.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah untuk terus menyumbang bakti dengan ikhlas, jujur dan seterusnya berusaha memajukan diri dalam pelbagai bidang untuk kebaikan bersama.
Sekian, salam hormat .
(
SUKARTI BIN WAKIMAN)
Merangkap
Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah