LAWATAN PUSPANITA KE BEIJING, CHINA
JAWATANKUASA KECIL LAWATAN, PUSPANITA CAWANGAN NEGRI SABAH
DENGAN KERJASAMA
MOUNT KINABALU ADVENTOURS TRAVEL (S) SDN BHD
Pada 29 APRIL 2008 HINGGA 3 MEI 2008

                                                                                                      

Lawatan ini adalah secara Pakej berjumlah RM2,340 sahaja termasuk tiket penerbangan pergi balik, hotel penginapan, makan minum, visa, takes, tipping, tour guides dan pengangkutan bas semasa lawatan. Sehubungan itu, kami mempelawa semua ahli Puspanita yang berminat mengikut lawatan ini supaya menghubungi kami dengan segera. Ahli-ahli boleh membawa anak yang berumur 12 tahun ke atas dan dikira sebagai ahli dewasa.

Rombongan akan menaiki pesawat "Dragon Air" dari Kota Kinabalu terus ke Beijing, China melalui Hongkong. Makanan dalam penerbangan dan semasa di Beijing adalah makanan halal. Tempat-tempat lawatan adalah Tian-an-Men Square, Palace Museum, The Summer Palace, Cow Street Moaque, Ya Xiu Market, Jade Factory Centre, Great Wall of China, Tian Jing Food Street, Cultural Street, Dongdaqing Mosque, Yue xiu Market dan Zahoyang Mosque. Semasa lawatan di Beijing, ahli-ahli rombongan diminta membawa baju sejuk kerana keadaan cuaca di sana adalah berbeza dengan di Malaysia walaupun waktu di sana "summer".

Jumlah rombongan ditetapkan seramai 30 orang. Ahli-ahli Puspanita yang berminat untuk mengikuti lawatan ini diminta menghubungi kami dan mestilah mempunyai Pasport Antarabangsa yang masih sahlaku 6 bulan sebelum tempoh tamat atau membuat Pasport baru. Ahli yang mengesahkan penyertaan diminta memberikan No. Pasport, 2 keping gambar terbaru berukuran Pasport untuk Visa serta No. Kad Pengenalan untuk tindakan lanjut.

Tarikh tutup penyertaan ialah 14 Mac 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ahli-ahli berikut:

Puan Maria Anthony - Pengerusi JKK Lawatan - HP: 0138633330
Hajah Atillah J. Ahmad - Setiausaha JKK Lawatan - 088 250927 (P)
Puan Noorainin Hj. Sinteh - Bendahari JKK Lawatan - 088 538242 (P)
Hajah Talni Hj. Anjoh - AJK Lawatan - HP: 0198212827