|
PUAN LOMOYON MALADU
PENGERUSI
PUSPANITA CAWANGAN
NABAWAN
|
Selamat
datang ke laman web PUSPANITA Cawangan Nabawan. PUSPANITA Nabawan telah
ditubuhkan sejajar dengan penubuhan PUSPANITA Kebangsaan pada tahun 1983.
Tujuan utama penubuhan PUSPANITA Nabawan adalah untuk menjadikan masyarakat
setempat khususnya kaum wanita dapat menyokong dasar-dasar kerajaan yang
dapat membina masyarakat berfikiran positif terhadap perkembangan semasa.
Pembabitan kaum wanita dalam era pembangunan negara amnya negeri Sabah
akan dapat mengubah secara meluas peranan wanita dalam pembangunan minda
terutama sekali penduduk luar bandar.
Disamping
itu juga kaum wanita khususnya isteri-isteri anggota kakitangan awam harus
memajukan diri bukan sahaja sebagai ahli PUSPANITA, tetapi juga mempelajari
bidang-bidang yang menjurus kepada pengetahuan Teknologi Maklumat seiring
dengan dasar Sabah Kerajaan Elektronik. Peranan utama ahli PUSPANITA adalah
membantu kerajaan dalam menyampaikan dasar-dasar semasa agar ianya lebih
efisyen dan dapat diterima oleh semua pihak.
Akhir
sekali, bagi pihak semua ahli PUSPANITA cawangan Nabawan, saya mengucapkan
selamat melayari laman web ini dan walaupun ianya detik permulaan, namun
kami sentiasa akan memperbaiki kelemahan yang diperolehi dari masa kesemasa.
" Wanita Sepakat Negara
Meningkat "
PUAN LOMOYON MALADU |