|
Perutusan Pegawai
Kewangan Persekutuan Sabah |
|
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PMS Laman Web PMS ini
diterbitkan pada 1 September 1999 dengan tujuan untuk memastikan
maklumat-maklumat di PMS disebarkan kepada semua pelanggan PMS. Telah
dilancarkan dengan rasminya pada 2000.
Ianya dibangunkan bagi tujuan penyediaan maklumat-maklumat mengenai
PMS untuk dicapai oleh pelanggan PMS. Ini adalah sesuai dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat dan komunikasi masakini. PMS merupakan
agensi Kerajaan Persekutuan yang diberi tanggungjawab untuk memastikan semua
Jabatan Persekutuan mematuhi tatacara dan dasar-dasar kewangan supaya sumber
kewangan Kerajaan digunakan dengan lebih cekap dan berkesan serta memastikan
rakyat mendapat manfaat yang maksima melalui pelaksanaan tatacara dan
dasar-dasar kewangan Kerajaan khususnya di Negeri Sabah dan Wiliyah
Persekutuan Labuan. Kewujudan PMS membolehkan pelanggan atau orang awam dapat
berurusan terus dengan Perbendaharaan Malaysia melalui PMS. Sehubungan dengan
itu saya berharap adanya Laman
Web PMS ini pelanggan-pelanggan PMS boleh berurusan dengan lebih mudah kerana
pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui Laman Web PMS ini. Semoga semua
pelanggan PMS dapat menafaatkan sepenuhnya Laman Web ini. Pihak jawatankan
kuasa ICT PMS telah dipertanggungjawabkan dalam pembangunan dan
penyelenggaraan Laman web ini untuk memastikan maklumat yang dicapai oleh
pelanggan adalah yang terkini. Antara maklumat yang disediakan ialah
maklumat-maklumat mengenai urusan-urusan di PMS, surat-surat Pekeliling,
statistik pencapaian aktiviti-aktiviti PMS, iklan-iklan tender, jadual harga,
borang-borang dan pelbagai maklumat lagi. Sekali lagi
saya berharap melalui maklumat-maklumat yang disediakan di Laman Web ini
ianya dapat membantu untuk memudahkan urusan dengan PMS. Saya amat
mengalu-alukan pandangan serta cadangan bagi memperbaiki lagi kandungan Laman Web ini iaitu sesuai dengan kehendak
pelanggan PMS. Selamat
Melayari Laman Web PMS .... MOHD RANI BIN SAUD Pegawai
Kewangan Persekutuan Sabah
Mohd Rani Saud Pegawai Kewangan Persekutuan |