Ruj.Kami       : PMS/UP/656-3 JLD.3  (    34    )

Tarikh          :      November 2007

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Pengarah Perhutanan Negeri Sabah

Pengarah Pertanian Negeri Sabah

Pengarah Perikanan Negeri Sabah

Pengarah Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah

Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah

Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

 

Yang Berbahagia Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 9 TAHUN 2007

________________________________________________________________________

SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG DIBATALKAN PENDAFTARAN DAN LEMBAGA PENGARAH/PEMILIK MODAL DISENARAIHITAM

________________________________________________________________________

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

2.                Adalah dimaklumkan bahawa syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran A Surat Edaran ini, telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan Tatatertib Pendaftaran Syarikat/Kontraktor dengan Perbendaharaan Malaysia.  Kesalahan tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan atau bidang dibatalkan/ditarikbalik dan juga Lembaga Pengarah/Pemilik Modal disenaraihitam.  Tindakan tatatertib ini diambil oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah selaku pihak berkuasa pendaftaran kontraktor di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 166.2(i), 166.2(ix) dan 184.2 dan 184.4 serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

3.                Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menyertai apa-apa tawaran perolehan secara terus/sebutharga/tender Bekalan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Berkanun Negeri yang menerima peruntukan kerajaan Persekutuan, kecuali atas sebab-sebab yang kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah.  Walau bagaimanapun, bagi kontrak yang telah diikat ianya masih berkuatkuasa dan diteruskan sehinggalah tamat tempoh kontrak atau kontrak ditamatkan oleh Jabatan Pelaksana tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak tersebut.

4.       Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan tiada sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan dengan syarikat/kontraktor berkenaan.  Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang diuruskan dengan syarikat/kontraktor tersebut adalah melanggar peraturan semasa perolehan Kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj.

 

5.       Surat Edaran ini berkuatkuasa serta merta.  Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                    t.t

(  MOHD. RANI BIN SAUD  )

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah

 

 

 

 

 

Sk;

          Setiausaha Persekutuan Sabah

 

          Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

 

          Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah

 

         

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Bahagian Perolehan Kerajaan

Kompleks Kementerian Kewangan

Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan  Persekutuan

62592 PUTRAJAYA

 

Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

Jalan Simpang Tiga

93592 KUCHING SARAWAK

 

Pengarah

Jabatan Audit Negara Cawangan Sabah

Blok A, Aras 4

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Jalan UMS- Sulaman, Likas

Beg Berkunci 2021

88450 KOTA KINABALU

 

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah

Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian

Jalan Istiadat, Likas

88594 KOTA KINABALU

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 5, Blok 4

Menara Pejabat Ujana Kewangan

Petri Surat 80622

87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

 

 

sk;

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Sandakan

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

Jalan Labuk, Beg Berkunci 41

90009 SANDAKAN

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Tawau

Tingkat 4, Rumah Persekutuan

Bandar Sabindo

91009 TAWAU

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Keningau

Rumah Persekutuan

Beg Berkunci No. 5

89009 KENINGAU