Ruj.Kami :
PMS/UP/656-3 JLD.3 (
28 )
Tarikh :
29 Oktober 2007
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Perhutanan Negeri
Pengarah
Pertanian Negeri Sabah
Pengarah
Perikanan Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah
Pengarah
Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Kebajikan Am
Yang
Berbahagia Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
BIL. 8 TAHUN 2007
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK
BEKALAN DAN PERKHIDMATAN PEROLEHAN
PERSEKUTUAN
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan hormatnya saya
menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan kepada perkara di atas.
2. Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS)
melalui pemerhatian terhadap urusan pentadbiran kontrak bekalan dan
perkhidmatan bagi perolehan persekutuan mendapati permohonan pelanjutan kontrak
dikemukakan selepas tempoh kontrak telah tamat. Amalan ini bertentangan dengan
peraturan yang ditetapkan dan perjanjian kontrak yang ditandatangani.
3. Berpandukan
perjanjian kontrak, terdapat klausa yang menetapkan pelanjutan hendaklah dipohon sekurang-kurang enam bulan
sebelum tempoh kontrak tamat.
4. Sementara itu para 10,
4.1 Pelanjutan
tempoh kontrak tidak melibatkan perubahan harga;
4.2 Pelanjutan
tempoh kontrak hanya diberi sekali
sahaja dan tempoh maksimum adalah dua (2) tahun; dan
4.3 Tambahan
kuantiti atau nilai
tidak melebihi 50% daripada kontrak asal
tertakluk kepada maksimum RM5
juta dan nilai
kontrak keseluruhan tidak melebihi RM15 juta.
5. Justeru berkuatkuasa
mulai dari tarikh surat edaran ini dikeluarkan, permohonan yang tidak mematuhi
syarat-syarat seperti di para 3 dan 4 tidak akan dipertimbangkan. Mana-mana
perolehan yang tidak mematuhi ketetapan ini akan disyorkan dibayar di bawah AP
59. Selain itu, Kertas Taklimat Pelanjutan Kontrak hendaklah dikemukakan kepada
Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dalam tujuh (7) salinan.
6. Sehubungan dengan ini, perhatian dan
kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan memperkemaskan lagi pelaksanaan
sesuatu urusan tender berpandukan peraturan-peraturan dan panduan kewangan yang
ditetapkan amatlah dihargai.
Sekian. Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
t.t
( MOHD. RANI
BIN SAUD )
Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah.
Sk Setiausaha
Persekutuan Sabah
Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah
Setiausaha
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Rhma/..