Ruj.Kami :
PMS/UP/656-3 JLD.3 (
27 )
Tarikh :
29 Oktober
2007
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Perhutanan Negeri
Pengarah Pertanian
Negeri Sabah
Pengarah Perikanan
Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah
Pengarah Pengairan
Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Kebajikan Am
Yang Berbahagia Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BIL. 7 TAHUN
2007
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PROSEDUR
MEMPELAWA TENDER ENAM (6) BULAN SEBELUM
TEMPOH KONTRAK TAMAT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan
hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan kepada perkara di atas.
2. Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS)
melalui pemerhatian terhadap urusan kontrak
Bekalan dan perkhidmatan pelbagai
Jabatan Persekutuan di
Sabah dan
Wilayah Persekutuan
Labuan mendapati kebanyakan Jabatan tidak memantau tempoh kontrak-kontrak di
bawah seliaan masing-masing sehingga menimbulkan banyak isu seperti:
2.1. Tempoh
kontrak telah tamat dan tender belum dipelawa;
2.2 Jabatan
meminta pembekal sedia ada membekalkan perkhidmatan dan bekalan tanpa kelulusan pihak berkuasa
melantik;
2.3 Pihak Kontraktor/pembekal tidak
dapat bayaran kerana tidak ada kelulusan; dan
2.4 Jabatan meminta
pelanjutan berulang kali mencerminkan
urusan perolehan yang tidak cekap dan terurus.
3. Berkuatkuasa mulai dari tarikh surat
edaran ini dikeluarkan, jabatan hendaklah
mempelawa tender enam (6) bulan sebelum sesuatu kontrak tamat. PMS tidak akan teragak-agak mengesyorkan
pembayaran di bawah AP 59 sekiranya bekalan perkhidmatan diteruskan selepas
tamat kontrak tanpa kelulusan terlebih dahulu.
4. Sehubungan dengan ini, perhatian dan
kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan memperkemaskan lagi pelaksanaan
sesuatu urusan tender berpandukan peraturan-peraturan dan panduan kewangan yang
ditetapkan amatlah dihargai. Rujukan kepada pekeliling dan surat pekeliling
berhubung dengan pengurusan perolehan boleh dibuat melalui laman web
Perbendaharaan Malaysia www.treasury.gov.my dan
Perbendaharaan Malaysia Sabah www.sabah.gov.my/pmsabah/.
Sekian. Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
t.t
( MOHD. RANI BIN SAUD )
Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah.
sk Setiausaha Persekutuan Sabah
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri
Sabah
Rhma/..