Ruj.Kami :
PMS/UP/656-2 JLD.2 (
26 )
Tarikh :
21 Mei 2007
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Perhutanan Negeri
Pengarah
Pertanian Negeri Sabah
Pengarah
Perikanan Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah
Pengarah
Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah
Kebajikan Am
Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BIL. 4 TAHUN 2007
JADUAL PEMBUKAAN TENDER PERSEKUTUAN DI SABAH
Dengan
hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan kepada perkara di atas
dan memaklumkan bahawa melalui pemerhatian Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah
terhadap Kertas Taklimat Tender terdapat beberapa isu berkaitan dengan Jadual
Pembukaan Tender Persekutuan di Sabah. Diantara isu tersebut adalah seperti
berikut:
2.1 Urusetia
Tender Jabatan tidak membuat semakan perbandingan diantara Borang Tender dengan
Jadual Harga setelah menerima laporan Jadual Pembukaan Tender daripada Jawatan Kuasa Pembuka Tender di
Perbendaharaan Malaysia Sabah ; dan
2.2 Jawatankuasa
Harga dan Jawatankuasa Teknikal Jabatan yang dilantik juga tidak menyemak secara terperinci laporan Jadual Pembukaan
Tender Sabah bersama Borang Tender asal.
3.
Jasteru adalah diharapkan semua jabatan yang menguruskan tender Persekutuan
mempastikan bahawa pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan tender
membuat semakan perbandingan diantara Jadual Pembuka Tender dengan Borang
Tender supaya maklumat yang dinyatakan di dalam Kertas Taklimat
Tender adalah betul dan tepat serta tidak mengelirukan.
Sekian.
Terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
t.t
( MOHD RANI BIN
SAUD )
Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.
Sk Setiausaha
Persekutuan Sabah
Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah
Setiausaha
Kementerian Kewangan Negeri Sabah