Ruj.Kami       : PMS/UP/656-2 JLD.2 (  25  )

Tarikh           : 21 Mei 2007

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Pengarah Perhutanan Negeri Sabah

Pengarah Pertanian Negeri Sabah

Pengarah Perikanan Negeri Sabah

Pengarah Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah

Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah

Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am

 

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

 

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 3 TAHUN 2007

 

 

PENGHANTARAN ANGGARAN HARGA JABATAN BAGI TENDER PERSEKUTUAN

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Dengan segala hormatnya, sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah ditarik untuk memperkemaskan lagi prosedur tender agar selaras dengan para 27.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 yang mensyaratkan supaya Anggaran Harga Jabatan mesti dimasukkan dalam peti tawaran sebelum tarikh tutup tender.   

 

3.       Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk mematuhi arahan ini berkuatkuasa serta-merta.

 

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

 

(  MOHD RANI BIN SAUD )

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

 

Sk      Setiausaha Persekutuan Sabah

          Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

          Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri Sabah