Ruj.Kami       : PMS/UP/656-2 JLD.2 (  24  )

Tarikh          : 21 Mei 2007

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Pengarah Perhutanan Negeri Sabah

Pengarah Perikanan Negeri Sabah

Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah

Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am

 

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

 

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 2 TAHUN 2007

 

 

PENGESAHAN PERUNTUKAN MENCUKUPI  BAGI TENDER PERSEKUTUAN

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Dengan segala hormatnya, sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Pemerhatian Perbendaharaan Malaysia  Sabah (PMS) mendapati kebanyakan Jabatan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi sebelum memanggil sesuatu tender. Pengesahan peruntukan dibuat setelah menerima keputusan Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah untuk menawarkan projek kepada petender yang berjaya. Ini telah menimbulkan banyak masalah, diantaranya:

 

          2.1     Pengesahan sah laku tender yang berpanjangan;

          2.2     Tawaran tidak dapat dikeluarkan kepada petender yang berjaya;

          2.3     Perlanjutan keatas pembekal sedia ada;

          2.4     Tidak dapat melaksanakan projek yang telah diluluskan dalam masa yang ditetapkan;

          2.6     Peraturan Perolehan yang tidak teratur; dan

          2.5     Kerugian kepada kerajaan dan petender dalam pelbagai aspek umpamanya dari segi masa.

 

3.       Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah Bil. 7/2007 yang diadakan pada 19 April 2007, telah memutuskan agar Jabatan mengemukakn bersama-sama kertas perakuan tender, surat pengesahan peruntukan ada dan mencukupi bagi sesuatu tender tersebut. Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah ditarik agar melaksanakan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta.

 

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                t.t

(  MOHD RANI BIN SAUD )

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

 

Sk      Setiausaha Persekutuan Sabah

          Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

          Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri Sabah