Ruj.Kami :
PMS/UP/656-2 JLD.2 (
23 )
Tarikh :
21 Mei 2007
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Perhutanan Negeri Sabah
Pengarah Perikanan
Negeri Sabah
Pengarah Pengairan
Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah
Perkhidmatan Kebajikan Am
Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
BIL. 1 TAHUN 2007
PEMATUHAN
PERATURAN URUSAN TENDER BAGI PEMBIAYAAN DI BAWAH PERUNTUKAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segala hormatnya, sukacita saya merujuk kepada
perkara di atas.
2.
Pemerhatian Perbendaharaan Malaysia Sabah ( PMS ) mendapati kebanyakan Jabatan
yang disediakan peruntukan di bawah belanjawan Kerajaan Persekutuan tidak
sepenuhnya mematuhi peraturan-peraturan berkaitan
dengan urusan tender yang telah digariskan di dalam Pekeliling-pekeliling
seperti berikut:
2.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia Sabah Bil.8 Tahun 1997;
" Tindakan Segera Untuk
Mengemukakan Perakuan Tender Jabatan Kepada
Lembaga
Perolehan Persekutuan Sabah"
2.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia Sabah Bil.16 Tahun 1997;
" Format Kertas Taklimat Tender
Untuk Pertimbangan Lembaga Perolehan
Persekutuan
Sabah"
2.3 Surat Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil.1 Tahun 2001;
"Kelemahan Di Dalam Penyediaan
Spesifikasi /Dokumen Tender”
2.4 Surat Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil.7 Tahun 2001
"Urusan-Urusan Tender- Dokumen
Tender Dan Kriteria Pertimbangan Tender".
3.
Keempat-empat Pekeliling berkenaan telah mengariskan dengan jelas panduan
mengenai format penyediaan kriteria pemilihan serta keperluan menyegerakan
urusan tender untuk pertimbangan LPPS bagi mencapai objektif ke arah ketelusan
dan kecemerlangan dalam melaksanakan urusan tender-tender kerajaan.
4. Sehubungan dengan ini, perhatian dan
kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan memperkemaskan lagi pelaksanaan
sesuatu urusan tender berpandukan peraturan-peraturan dan panduan kewangan yang
ditetapkan amatlah dihargai.
Sekian. Terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
t.t
( MOHD RANI BIN
SAUD )
Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.
Sk Setiausaha
Persekutuan Sabah
Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah
Setiausaha
Kementerian Kewangan Negeri Sabah