Ruj. Kami : PMS/UP/656-3.
Jld.3 ( 23 )
Tarikh :
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Semua Badan Berkanun
Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Pengarah Kerja Raya
Ibu pejabat
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah
88582 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci No. 68
90009 SANDAKAN.
Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BIL.01 TAHUN 2006
SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG TELAH
DISENARAIHITAM
Dengan hormatnya saya ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa
syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar dengan
Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran
“A” Surat Edaran ini, telah melakukan kesalahan di bawah peraturan tatatertib
pendaftaran syarikat/kontraktor dengan Perbendaharaan Malaysia. Kesalahan
tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan atau digantung atau
tidak diperbaharui dan dengan itu juga syarikat-syarikat tersebut
disenaraihitamkan. Tindakan tatatertib
ini diambil selaras dengan peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4
serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia.
3. Oleh yang demikian,
kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menyertai apa-apa
tawaran perolehan secara terus/sebutharga/tender Bekalan dan Perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Berkanun Negeri
yang menerima peruntukan kerajaan Persekutuan, kecuali atas sebab-sebab yang
kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih dahulu mendapat kebenaran
daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Walau bagaimanapun, bagi kontrak yang
telah diikat ianya masih berkuatkuasa
dan diteruskan sehinggalah tamat tempoh kontrak atau kontrak ditamatkan oleh
Jabatan Pelaksana tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak
tersebut.
4. Sehubungan dengan itu,
kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan tiada
sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg.
Dato’/Datuk/Tuan/Puan dengan syarikat/kontraktor berkenaan. Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
yang diuruskan dengan syarikat/kontraktor tersebut adalah melanggar peraturan
semasa tatacara perolehan Kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan
perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj.
5
Surat
Edaran ini berkuatkuasa serta merta dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Sabah Bil.02 Tahun 2005 adalah dengan ini dibatalkan. Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan
dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( MOHD.
RANI BIN SAUD )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.
s.k:
Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
Bahagian
Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Pegawai
Kewangan Persekutuan Sarawak
Perbendaharaan
Malaysia Sarawak
Tingkat 16,
Bangunan Sultan Iskandar
Jalan
Simpang Tiga
88518
KOTA KINABALU.
Pengarah
Audit Negara Cawangan Sabah
Tingkat 6 &
7, Rumah Persekutuan
88518
KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Kota Kinabalu
Tingkat
6 & 7, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat,
Likas
88594
KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Wilayah Persekutuan Labuan
Tingkat 5, Blok 4
Menara Pejabat Ujana
Kewangan
Peti Surat 80622
87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Pengarah Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Sandakan
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan
Jalan Labuk, Beg
Berkunci 41
90009 SANDAKAN
s.k:
Pengarah Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Tawau
Tingkat 4, Rumah
Persekutuan
Bandar Sabindo
91009 TAWAU
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Keningau
Rumah
Persekutuan
Beg
Berkunci N0.5
89009
KENINGAU
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Wisma Kewangan
88999 Kota Kinabalu