Ruj. Kami : PMS/UP/656-3.
Jld.3 (13)
Tarikh : 14 Februari
2005
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan
Dan Wilayah Persekutuan
Semua Badan Berkanun
Persekutuan Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah
88582 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci No. 68
90009 SANDAKAN.
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BIL. 01 TAHUN 2005
SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG TELAH
DISENARAIHITAM
Dengan hormatnya saya ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar
dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran ”A” Surat Pekeliling ini telah melakukan kesalahan
di bawah peraturan tatatertib pendaftaran syarikat/kontraktor dengan Perbendaharaan
Malaysia. Kesalahan tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan
atau digantung atau tidak diperbaharui dan dengan itu juga syarikat-syarikat
tersebut disenaraihitamkan. Tindakan tatatertib ini diambil selaras dengan
peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4 serta peraturan-peraturan
lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
3. Oleh
yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk
menyertai apa-apa tawaran perolehan secara terus/sebutharga/tender Bekalan dan
Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan
Jabatan/Badan Berkanun Negeri yang menerima peruntukan kerajaan Persekutuan,
kecuali atas sebab-sebab yang kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Walau
bagaimanapun, bagi kontrak yang telah diikat ianya masih berkuatkuasa dan
diteruskan sehinggalah tamat tempoh kontrak.
4. Sehubungan
dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
mempastikan tiada sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tan/Puan dengan syarikat/kontraktor berkenaan. Sebarang
perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang diuruskan dengan syarikat/kontraktor
tersebut adalah melanggar peraturan semasa tatacara perolehan Kerajaan dan pegawai
yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan
surcaj.
5. Surat
Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Sabah Bil.01 Tahun 2003 adalah dengan ini dibatalkan. Di atas perhatian dan
kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
T.T
( DAUD BIN TAHIR, ASDK
)
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.
s.k:
Ketua
Setiausaha Perbendaharaan
Bahagian
Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kompleks
Kementerian Kewangan
Precint
2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA.
Pegawai
Kewangan Persekutuan Sarawak
Perbendaharaan
Malaysia Sarawak
Tingkat
16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan
Simpang Tiga
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah
Audit Negara Cawangan Sabah
Tingkat
6 & 7, Rumah Persekutuan
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Kota Kinabalu
Tingkat
6 & 7, Wisma Perindustrian
Jalan
Istiadat, Likas
88594 KOTA KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Cawangan Wilayah
Persekutuan Labuan
Tingkat 5, Blok 4
Menara Pejabat Ujana
Kewangan
Peti Surat 80622
87016
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Pengarah Cawangan
Jabatan Audit Negara
Malaysia
Cawangan Sandakan
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan
Jalan Labuk, Beg
Berkunci 41
90009 SANDAKAN.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Cawangan Tawau
Tingkat 4, Rumah
Persekutuan
Bandar Sabindo
91009 TAWAU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Cawangan Keningau
Rumah Persekutuan
Beg Berkunci No. 5
89009 KENINGAU.
LAMPIRAN ”A”
|
BIL. |
NAMA SYARIKAT |
NO. RUJUKAN PENDAFTARAN |
TEMPOH PENGUATKUASAAN |
|
1. |
SA ENTERPRISE |
357-20004407 |
12/08/2003 – 21/08/2005 |
|
2. |
SYARIKAT SALBIAH
ENTERPRISE |
357-20003213 |
17/03/2003 – 17/03/2006 |
|
3. |
RASH ENTERPRISE |
357-20005701 |
14/02/2005 – 14/02/2007 |