Surat Edaran Bil. 02 2005

 

Ruj. Kami      :         PMS/UP/656-3. Jld.3 (14)

 

Tarikh          :         08 Ogos 2005

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah

88582 KOTA KINABALU.

 

Pengarah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabah

Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 KOTA KINABALU.

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan Sabah

Beg Berkunci No. 68

90009 SANDAKAN.

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 02 TAHUN 2005

 

 

SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG TELAH DISENARAIHITAM

 

 

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.       Adalah dimaklumkan bahawa syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran ”A” Surat Edaran ini, telah melakukan kesalahan di bawah peraturan tatatertib pendaftaran syarikat/kontraktor dengan Perbendaharaan Malaysia. Kesalahan tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan atau digantung atau tidak diperbaharui dan dengan itu juga syarikat-syarikat tersebut disenaraihitamkan. Tindakan tatatertib ini diambil selaras dengan peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4 serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

3.       Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menyertai apa-apa tawaran perolehan secara terus/sebutharga/tender Bekalan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Badan Berkanun Negeri yang menerima peruntukan kerajaan Persekutuan, kecuali atas sebab-sebab yang kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Walai bagaimanapun, bagi kontrak yang telah diikat ianya masih berkuatkuasa dan diteruskan sehinggalah tamat tempoh kontrak.

 

4.       Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan tiada sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dengan syarikat/kontraktor berkenaan. Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang diuruskan dengan syarikat/kontraktor tersebut adalah melanggar peraturan semasa tatacara perolehan Kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj.

 

5.       Surat Edaran ini berkuatkuasa serta merta dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil. 01 Tahun 2005 adalah dengan ini dibatalkan. Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Batuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima kasih.

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                      T.T

(    MOHD. RANI BIN SUAD    )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah

s.k:

 

          Ketua Setiausaha Perbendaharaan

          Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan

          Kompleks Kementerian Kewangan

          Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

          62592 PUTRAJAYA.

 

          Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

          Perbendaharaan Malaysia Sarawak

          Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

          Jalan Simpang Tiga

          88518 KOTA KINABALU.

 

          Pengarah Audit Negara Cawangan Sabah

          Tingkat 6 & 7, Rumah Persekutuan

          88518 KOTA KINABALU.

 

          Pengarah Cawangan

          Jabatan Akauntan Negara Malaysia

          Cawangan Kota Kinabalu

          Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian

          Jalan Istiadat, Likas

88594 KOTA KINABALU.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 5, Blok 4

Menara Pejabat Ujana Kewangan

Peti Surat 80622

87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Audit Negara Malaysia

Cawangan Sandakan

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

Jalan Labuk, Beg Berkunci 41

90009 SANDAKAN.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Tawau

Tingkat 4, Rumah Persekutuan

Bandar Sabindo

91009 TAWAU.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Keningau

Rumah Persekutuan

Beg Berkunci No. 5

89009 KENINGAU.