Ruj. Kami :       PMS/UP/656-3 JLD 3 ( 16  ) 

 

Tarikh       :      17  Oktober 2005

 

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan, Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

 

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

 

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 03 TAHUN 2005

 

 

 

KEPERLUAN  MENGEMUKAKAN SALINAN MINIT MESYUARAT DAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA

 

 

              

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) banyak mendapat aduan tentang Jabatan-jabatan Persekutuan yang  membuat perolehan secara sebutharga kepada syarikat-syarikat dan kontraktor-kontraktor bukan bumiputera serta berterusan menawarkan kerja/perolehan kepada syarikat-syarikat/kontraktor-kontraktor yang tertentu. Ini adalah tidak selaras dengan AP. 170.2 yang menitik beratkan prinsip kesaksamaan dan keadilan.

 

3.     Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit pada masa akan datang, semua Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab/Pengetua/Guru Besar yang menerima peruntukan Kerajaan sama ada dalam bentuk peruntukan waran biasa /peruntukan secara grant (PCG) adalah diingatkan supaya mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang  sedang berkuatkuasa.

 

 

4.     Selaras dengan  tugas dan tanggungjawab PMS untuk memastikan semua perolehan Kerajaan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaksanakan dengan teratur dan telus, kerjasama dipohon supaya Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan  mengambil  tindakan  untuk  menghantar  satu salinan minit mesyuarat dan keputusan sebutharga ke pejabat ini.

 

 

5.     Surat edaran ini berkuatkuasa serta-merta. PMS tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan tindakan surcaj ke atas pegawai yang bertanggungjawab sekiranya gagal mematuhi arahan ini.

 

 

Sekian. Terima kasih.

 

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                        T.T.

(          MOHD. RANI BIN SAUD            )

Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah.

 

 

 

rhma/.