KELULUSAN BAGI PENGANJURAN MESYUARAT/ SEMINAR/ BENGKEL/ KURSUS

Ruj. Kami      :         PMS/UP/656/2 Jld.2 (12)

 

Tarikh          :         26 Julai 2004

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

 

 

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT EDARAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 2 TAHUN 2004

 

 

KELULUSAN BAGI PENGANJURAN

MESYUARAT / SEMINAR / BENGKEL / KURSUS

 

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah sebelum ini berkaitan dengan penggunaan Pesanan Kerajaan (LPO) bagi tujuan Mesyuarat / Seminar / Bengkel / Kursus.

 

2.       Oleh kerana masih terdapat kekeliruan berhubung dengan penganjuran mesyuarat / seminar / bengkel / kursus maka Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) sekali lagi menjelaskan beberapa panduan berkaitan dengan perkara tersebut:-

 

2.1.    Pegawai Pengawal adalah diberi kuasa menimbang dan meluluskan mesyuarat / persidangan / seminar / bengkel yang melibatkan peserta dari luar jabatan yang diadakan di Hotel dengan syarat Jabatan/Agensi berkenaan mempunyai peruntukan keseluruhan yang mencukupi sehingga akhir tahun kewangan yang berkenaan;

 

 

- 2 -

 

 

 

 

2.2.    Pegawai Pengawal juga adalah diberi kuasa menimbang dan meluluskan kursus/program latihan dan bengkel dalaman yang diadakan di Hotel dengan syarat Jabatan/Agensi berkenaan mempunyai peruntukan keseluruhan yang mencukupi sehingga akhir tahun kewangan yang berkenaan; dan

 

2.3.    Mesyuarat dalaman Jabatan/Agensi hendaklah menggunakan kemudahan Jabatan/Agensi Kerajaan berkenaan atau lain-lain Jabatan/Agensi Kerajaan.

 

3.       Bagi menjelaskan tafsiran peserta luar jabatan di para 2.1 adalah bermaksud mengenai penganjuran mesyuarat / persidangan / seminar / bengkel  dimana peserta-pesertanya adalah dari jabatan-jabatan selain jabatan tuan.  Oleh hal yang demikian, peserta-peserta dari Jabatan/Agensi/Cawangan-Cawangan Jabatan tuan tidak boleh dianggap sebagai peserta-peserta dari luar jabatan.  Peserta yang di luar skop di atas dikira peserta dalaman bagi menjelaskan para 2.2.

 

4.       Dengan penjelasan di atas, kelulusan penggunaan Pesanan Kerajaan (LPO) bagi tujuan di atas tidak perlu lagi dirujuk kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) untuk kelulusan ataupun untuk pembayaran.

 

5.       Dimaklumkan bahawa pejabat ini juga telah menerima laporan Pesanan Kerajaan (LPO) telah digunakan bagi perolehan/perkhidmatan berkaitan tugas rasmi dilakukan oleh pegawai/kakitangan secara individu yang sepatutnya dielakkan.  Pegawai/kakitangan terlibat harus menggunakan kemudahan pendahuluan diri atau membuat tuntutan di bawah peraturan biasa yang berkuatkuasa.

 

6.       Sukacita pejabat ini, mengingatkan Jabatan/Agensi supaya sentiasa berhemat di dalam perbelanjaan dan berjimat cermat dalam membelanjakan wang awam selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1999 yang masih lagi berkuatkuasa.  Dan bagi kadar dan syarat tuntutan ianya hendaklah mematuhi peraturan yang diberikan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003.

 

 

 

 

 

- 3 -

 

 

 

 

 

7.       Surat edaran ini berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan dan dengan ini Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil. 1 Tahun 2003 mengenai Penggunaan Pesanan Kerajaan (LPO) bagi mesyuarat / seminar / bengkel  bertarikh 30 Disember 2003 adalah dibatalkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

               T.T

( DAUD BIN TAHIR )

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

 

s.k.

 

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Kota Kinabalu

Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian

Beg Berkunci 2053

88594 KOTA KINABALU.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara, Keningau

Pejabat Kawasan Keningau

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

Beg Berkunci No. 5

89009 KENINGAU.

 

 

 

 

 

 

 

- 4 -

 

 

 

 

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara, Sandakan

Pejabat Kawasan Sandakan

Tingkat 2, Wisma Persekutuan

Jalan Labuk

Beg Berkunci No. 41

90009 SANDAKAN.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara, Tawau

Pejabat Kawasan Tawau

Tingkat 2, Wisma Persekutuan

Jalan Dunlop, Bandar Sabindo

91009 TAWAU.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 2 & 3, Bangunan Ujana Kewangan

Lot 11, W.D.T No. 23

87009 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

 

Pengarah

Jabatan Audit Negara

Cawangan Sabah

Tingkat 6 - 7, Rumah Persekutuan

KOTA KINABALU.

 

 

 

 

doc/SPP BIL.2-2004