Surat Pekeliling Bil.01 2003

 

Ruj. Kami       :           PMS/UP/656-3. Jld.3 (   7     )

 

Tarikh :           31  Oktober 2003

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu pejabat

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah

88582 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah

Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan.

 

Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL.01 TAHUN 2003

 

SENARAI SYARIKAT KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG TELAH DISENARAIHITAM

 

 

 

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

 

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran “A” Surat Pekeliling ini telah melakukan kesalahan di bawah peraturan tatatertib pendaftaran syarikat/kontraktor dengan Perbendaharaan Malaysia. Kesalahan tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan atau digantung atau tidak diperbaharui dan dengan itu juga syarikat-syarikat tersebut disenaraihitamkan.  Tindakan tatatertib ini diambil selaras dengan peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4 serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

3.         Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menyertai apa-apa tawaran perolehan secara terus/sebutharga/tender Bekalan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Berkanun Negeri yang menerima peruntukan kerajaan Persekutuan, kecuali atas sebab-sebab yang kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah.

 

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan tiada sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dengan syarikat/kontraktor berkenaan.  Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang diuruskan dengan syarikat/kontraktor tersebut adalah melanggar peraturan semasa tatacara perolehan Kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj.

 

5.         Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil.04 Tahun 2001 adalah dengan ini dibatalkan.  Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                       T.T

(      DAUD BIN TAHIR      )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.

 

 

 

s.k:

 

            Ketua Setiausaha Perbendaharaan

            Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan

            Kompleks Kementerian Kewangan

Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 PUTRAJAYA

 

            Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

            Perbendaharaan Malaysia Sarawak

            Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

            Jalan Simpang Tiga

            88518 KOTA KINABALU.

 

            Pengarah Audit Negara Cawangan Sabah

            Tingkat 6 & 7, Rumah Persekutuan

            88518 KOTA KINABALU.

 

            Pengarah Cawangan

            Jabatan Akauntan Negara Malaysia

            Cawangan Kota Kinabalu

            Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian

            Jalan Istiadat, Likas

            88594 KOTA KINABALU.

 

            Pengarah Cawangan

            Jabatan Akauntan Negara Malaysia

            Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 5, Blok 4

Menara Pejabat Ujana Kewangan

Peti Surat 80622

87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

Pengarah Cawangan

            Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Sandakan

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

Jalan Labuk, Beg Berkunci 41

90009 SANDAKAN

 

 

 

 

 

 

 

s.k:

 

Pengarah Cawangan

            Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Tawau

Tingkat 4, Rumah Persekutuan

Bandar Sabindo

91009 TAWAU

 

            Pengarah Cawangan

            Jabatan Akauntan Negara Malaysia

            Cawangan Keningau

            Rumah Persekutuan

            Beg Berkunci N0.5

            89009 KENINGAU

 

 

 

 

LAMPIRAN “A”

 

 

 

 

BIL.    NAMA SYARIKAT         NO. RUJUKAN                        TEMPOH                                                                            

                                                      PENDAFTARAN                     PENGUATKUASAAN

 

1.         SA ENTERPRISE            PMS/UPK/000-004407             21/08/2003 - 21/08/2005

 

2.         SYARIKAT                      PMS/UPK/000-003213             17/03/2003 - 17/03/2006

            SALBIAH ENTERPRISE