Ruj.
Kami : PMS/UP/656-3
JLD.2/( )
Tarikh :
Ogos 2002
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan
Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan
Pengarah
Kerja Raya
Ibu
Pejabat
Jabatan
Kerja Raya Negeri Sabah
Pengarah
Jabatan
Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat
5 & 6, Menara Khidmat
Jalan
Belia
Pengarah
Jabatan
Pertanian Sabah
Tingkat
5, Menara Khidmat
Jalan
Belia
Pengarah
Jabatan
Perhutanan Sabah
Beg
Berkunci No. 68
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH BILANGAN 2 TAHUN 2002
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEROLEHAN
SECARA
RUNDINGAN TERUS
Adalah
saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa
sejak kebelakangan ini, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) banyak menerima permohonan
bagi mendapatkan kelulusan rundingan terus baik dari pihak kontraktor mahupun dari pihak
Jabatan/Agensi Kerajaan.
3. Dalam hubungan ini, suka
saya menarik perhatian mengenai syarat panggilan tender seperti yang digariskan dalam
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001 yang menetapkan panggilan tender
hendaklah dibuat bagi perolehan yang melebihi RM200,000.00.
Perolehan yang dibuat tanpa tender, umpamanya perolehan secara rundingan terus,
hanya boleh dibuat setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Garis panduan ini telah dikeluarkan melalui surat
edaran bertarikh 17 April 2002 yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Malaysia kepada semua Pegawai Pengawal.
4. Suat
Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan garis panduan permohonan perolehan secara
rundingan terus di mana hanya boleh dipertimbang berasaskan kriteria, seperti berkut:
(a)
Keperluan
Mendesak
Perolehan
kerja/bekalan/perkhidmatan yang mendesak dan perlu disegerakan. Sekiranya perolehan tersebut tidak dibuat dengan
segera maka akan memudaratkan dan menjejas perkhidmatan dan kepentingan awam.
(b)
Bagi
Maksud Penyeragaman
Bagi
memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan yang sedia ada dengan barangan baru yang
akan dibeli, maka permohonan untuk membeli barangan yang sama dan daripada pembekal yang
sama secara rundingan terus boleh dipertimbangkan.
(c)
Satu
Punca Bekalan/Perkhidmatan (Pembuat/Pemegang Franchais)
Pembelian
khusus yang mana hanya satu syarikat sahaja yang dapat membekalkan barangan atau
perkhidmatan yang dikehendaki seperti membeli alat ganti dan lain-lain.
(d)
Melibatkan
Keselamatan/Strategik
Perolehan
yang melibatkan alat-alat keselamatan atau projek tertentu
yang strategik yang perlu dirahsiakan.
(e)
Kontrak
Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera
Dalam
usaha untuk memupuk pertumbuhan syarikat Bumiputera yang bertaraf pembuat, kerajaan telah
mengadakan tender khusus yang dibuka kepada pembuat berkenaan sahaja. Bagi barangan tertentu yang mana terdapat satu atau
dua pembuat Bumiputera sahaja, perolehan secara rundingan terus bolehlah dipertimbangkan
bagi membantu mewujudkan pembuat Bumiputera yang berdaya saing.
5. Permohonan perolehan
rundingan terus akan hanya dipertimbangkan sekiranya perolehan tersebut belum
dilaksanakan. Surat permohonan hendaklah
ditandatangani oleh Pegawai Pengawal/timbalannya sahaja dan disertakan dengan profil
syarikat yang diperakukan serta skop projek. Permohonan
yang tidak memenuhi kriteria yang tersebut di atas akan ditolak.
6. Perbendaharaan Malaysia
Sabah (PMS) ingin mengingatkan agensi/jabatan yang berkaitan supaya dapat mematuhi
kriteria ini semasa mengemukakan permohonan bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Untuk makluman Y.Bhg Dato/Datuk/Tuan/Puan
permohonan kelulusan perolehan kerja/bekalan/perkhidmatan secara rundingan terus akan
dikemukakan ke Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DAUD BIN TAHIR )
Pegawai
Kewangan Persekutuan,
Sabah.
md.doc/cla/spmsbil.202