Ruj. Kami
:
PMS/UP/656-3 Jld.2/( 38 )
Tarikh
:
13 Jun 2001
Semua Ketua
Jabatan Persekutuan Di Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Semua Ketua Badan
Berkanun Persekutuan Di Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
10 TAHUN 2001
TANGGUNGJAWAB KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN
DIDALAM MEMANTAU DAN MENGUTIP SEMULA
PERMOHONAN
PENDAHULUAN DIRI / PELBAGAI YANG TELAH
DILULUSKAN
Dengan hormatnya saya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara
yang tersebut di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada beberapa semakan yang dibuat dari semasa
ke semasa, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati masih terdapat Jabatan-jabatan /
Agensi-agensi Persekutuan di Sabah tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan
didalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993 berkaitan dengan
Pendahuluan Diri, Bayaran Elaun Sewa Hotel Dan Elaun Makan Serta Penetapan Had
Minima dan juga Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1990 yang berkaitan dengan
Pendahuluan Pelbagai.
3.
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati banyak terdapat tunggakan Pendahuluan
Diri/Pelbagai yang diluluskan oleh Jabatan/Agensi Persekutuan berkenaan, Kementerian
Kewangan Malaysia dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan tunggakan ini gagal dikutip semula
bayarannya oleh Jabatan/Agensi Persekutuan berkenaan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan.
4.
Selain daripada itu, terdapat juga Jabatan/Agensi Persekutuan yang tidak mengambil
berat terhadap pembayaran balik Pendahuluan Diri yang telah diluluskan kepada
Pegawai-pegawainya bertujuan kerana pertukaran. Memandangkan
kebiasaannya tuntutan pertukaran dibuat di pejabat baru, maka Ketua Jabatan yang asal
Pegawai berkaitan adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan Ketua Jabatan yang baru bahawa
Pegawai tersebut telah diluluskan Pendahuluan Diri. Dengan
cara ini, Jabatan yang baru dimana pegawai ditukarkan dapat mengutip semula Pendahuluan
Diri yang telah diluluskan melalui tuntutan pertukaran Pegawai berkaitan.
5.
Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) telah mengeluarkan satu
Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil. 4 Tahun 1998 berhubung dengan
pematuhan syarat-syarat meluluskan Pendahuluan Diri yang menekankan serta menarik
perhatian beberapa peruntukan peraturan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2
Tahun 1993, terutamanya yang terkandung di LAMPIRAN A kepada Surat Pekeliling berkenaan.
6.
Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan adalah diingatkan sekali lagi supaya mempertingkatkan kawalan dan
kelulusan Pendahuluan Diri serta bertanggungjawab untuk mengutip semula Pendahuluan Diri
yang telah diluluskan. Seseorang pegawai yang
gagal untuk mengutip semula tunggakan Pendahuluan Diri/Pelbagai boleh disyorkan untuk
dikenakan tindakan surcaj.
Sekian.
Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( DATUK
DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.