Ruj. Kami          :           PMS/UP/656-3/JLD.2(35)

Tarikh               :           16 Mei 2001

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya

88582 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran

Tingkat 5 dan 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pertanian

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalanbelia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan

 

 

 

PMS/UP/656-3/JLD.2(35)page2

 

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 09 TAHUN 2001

 

ARAHAN PERUBAHAN KERJA (UNTUK KONTRAK KERJA)

 

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati beberapa Jabatan/Agensi telah membuat kesilapan berkaitan dengan pelaksanaan ‘Arahan Perubahan Kerja’.

 

2.         Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) berharap Jabatan-jabatan dan Agensi mematuhi segala peraturan dan prinsip-prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan (AP)202 dan 203 seperti butir-butir berikut :-

 

(a)                 Kriteria Arahan Perubahan kerja.

 

(b)                Had Nilai Perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus.

 

(c)                 Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan kerja.

 

 

3.         Butir-butir lengkap berkaitan dengan ‘Arahan Perubahan Kerja’ adalah seperti berikut :-

 

3.1.             Definisi Arahan Perubahan Kerja

 

3.1.1.        Sesuatu perubahan kontrak kerja adalah sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, penentuan dan/atau senarai kualiti samada dipinda, ditambah atau dikurangkan.

 

PMS/UP/656-3/JLD.2(35)page3

 

 

 

3.2.             Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja

 

3.2.1.        Kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan secara tender / atau sebutharga berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan yang berkenaan dengannya.  Pelaksanaan secara Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan sekiranya pelaksanaan secara tender atau sebutharga berasingan akan menganggu atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan.

 

3.2.2.        Sebelum mengeluarkan apa-apa Arahan Perubahan Kerja, Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan yang kerja tersebut benar-benar perlu dan ada peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan serta kelulusan telah diperolehi terlebih dahulu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan.

 

3.2.3.        Amalan untuk mengeluarkan kerja yang terkandung di dalam sesuatu kontrak bagi dilaksanakan oleh pihak lain atau pihak Jabatan sendiri adalah tidak dibenarkan.

 

 

3.3.             Kriteria Arahan Perubahan Kerja

 

3.3.1.        Setiap perubahan kerja di dalam kontrak kerja hendaklah memenuhi kriteria berikut :-

 

3.3.1.1.              Tempoh kontrak masih berjalan semasa Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan atau tempoh lain jika dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak.

 

3.3.1.2.              Perubahan tidak menukarkan sebahagian besar skop kerja asal.

 

3.3.1.3.              Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah di tapak bina kontrak sahaja.

 

PMS/UP/656-3/JLD.2(35)page4

 

 

 

3.3.1.4.              Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti dalam kerja-kerja gantian itu.

 

3.4.             Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan

Kerja dan Pihak Berkuasa Melulus    

 

3.4.1.        Asas perkiraan nilai Arahan Perubahan Kerja dan pihak berkuasa yang boleh meluluskan hendaklah berpandukan serta mematuhi Arahan Perbendaharaan yang berkaitan iaitu Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan 203.

 

 

4.         PMS berharap semua Jabatan/Agensi akan mematuhi segala peraturan dan prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja dan tidak membuat kesilapan di dalam melaksanakan Arahan Perubahan Kerja itu.

 

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian. 

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                           T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan

Sabah

 

Pek.Perb.Bil.09tahun2001