Ruj. Kami : PMS/UP/656-3
Jld. 2( 33 )
Tarikh
: 27 April 2001
Semua Ketua
Jabatan Persekutuan Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Pengarah Kerja
Raya
Ibu Pejabat
Jabatan Kerja
Raya Negeri Sabah
88582 KOTA
KINABALU
Pengarah
Jabatan
Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat 5 &
6, Menara KHIDMAT
Jalan Belia
88000 KOTA
KINABALU
Pengarah
Jabatan
Pertanian Sabah
Tingkat 5,
Menara KHIDMAT
Jalan Belia
88000 KOTA
KINABALU
Pengarah
Jabatan
Perhutanan Sabah
Beg Berkunci No.
68
90009 SANDAKAN
Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 8 TAHUN 2001
SENARAI TERKINI
SYARIKAT-SYARIKAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
YANG BERDAFTAR DENGAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH DALAM BIDANG AGEN PENGEMBARAAN (KOD
221107)
Dengan hormatnya
saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita
dengan ini disampaikan kepada Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan senarai syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah dalam bidang Agen
Pengembaraan (Kod 221107) seperti senarai di LAMPIRAN A.
3. Sehubungan
dengan ini, semua tempahan bagi tujuan perjalanan rasmi menggunakan Waran Perjalanan Udara
Awam (WPUA) pegawai/kakitangan Jabatan Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan hendaklah diuruskan melalui syarikat-syarikat yang disenaraikan sahaja
tertakluk kepada sahlaku tempoh pendaftaran masing-masing. Walau bagaimanapun Jabatan
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah juga dibenarkan menguruskan tempahan bagi maksud
perjalanan rasmi dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia atau Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
3. Surat
Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan Pejabat ini akan memaklumkan kepada Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan/Puan sekiranya terdapat sebarang perubahan atau tambahan kepada senarai
yang berkaitan. Surat-surat Perbendaharaan Malaysia Sabah PMS/UPK(S)173-1(5) bertarikh
11/09/1998, (SH)0.0010/11/SJ.6 JLD.5(50) bertarikh 05/01/1999 dan (SH)0.0010/11/SJ.6 JLD.5 (51) bertarikh 02/03/1999
adalah dengan ini dibatalkan.
4. Kerjasama
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan pelaksanaan perjalanan rasmi
anggota Jabatan masing-masing melalui syarikat-syarikat yang masih sahlaku pendaftarannya
dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Perbendaharaan Malaysia Sabah atau Perbendaharaan
Malaysia Sarawak amatlah dihargai dan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
Saya yang
menurut perintah,
T.T
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan
Persekutuan Sabah.
s.k.:
Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
Bahagian
Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian
Kewangan Malaysia, Khazanah Malaysia
Blok 9, Kompleks
Pejabat Kerajaan, Jalan Duta
50592 KUALA
LUMPUR.
Pegawai Kewangan
Persekutuan Sarawak
Perbendaharaan
Malaysia Sarawak
Tingkat 16,
Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 KUCHING.
Pengarah Audit
Negara Cawangan Sabah
Tingkat 6 & 7,
Rumah Persekutuan
88518 KOTA
KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia Cawangan Sabah
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan
88594 KOTA
KINABALU.
SuratPekPMSBil.7/2001