Ruj. Kami          :           PMS/UP/656-3/JLD.2(31)

Tarikh               :           30 Mac 2001

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 7 TAHUN 2001

 

URUSAN-URUSAN TENDER – DOKUMEN TENDER

DAN KRITERIA PERTIMBANGAN TENDER

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati ada beberapa kelemahan dan kekurangan di dalam menyediakan Dokumen Tender serta juga di dalam urusan untuk memperakukan/mempertimbangkan tender.  Di antara beberapa contoh mengenai kelemahan dan kekurangan itu adalah seperti berikut :-

 

(a)                 Dokumen tender yang disediakan oleh Jabatan didapati tidak lengkap;

 

(b)                Butir-butir yang tercatat di dalam Dokumen Tender adalah tidak jelas;

 

(c)                 Kriteria-kriteria yang digunakan di dalam pertimbangan tender adalah tidak tepat dan tidak jelas serta tidak seragam;

 

PMS/UP/656-3/JLD.2(31)page2

 

 

(d)                Tidak jelas mengenai perkara-perkara yang perlu diambilkira sewaktu membuat perakuan/ pertimbangan tender; dan

 

(e)                Kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sewaktu memperaku/mempertimbangkan tender oleh Jabatan adalah berbeza daripada butir-butir yang tercatat di dalam dokumen Tender.

 

2.         Sehubungan dengan itu, untuk maklumat dan panduan Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan, disertakan Lampiran-lampiran seperti berikut :-

 

(a)        Lampiran A       -           Butir-butir Dokumen Tender

 

            (b)        Lampiran B       -           Kriteria Pertimbangan Tender –   

                                                            Perkara-perkara yang Perlu

                                                            Diambilkira

 

3.         Adalah diharapkan dengan maklumat-maklumat dan panduan itu, Dokumen Tender dapat disediakan oleh Jabatan dengan lebih lengkap serta teratur lagi dan pertimbangan/perakuan tender dapat dibuat dengan lebih professional.

 

4.         Di atas sokongan dan perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk memperkemaskan lagi penyediaan Dokumen Tender dan meneliti kriteria-kriteria pertimbangan tender khususnya perkara-perkara yang perlu diambilkira, diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                         T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan

Sabah

 

 

 

PMS/UP/656-3/JLD.2(31)page3

 

LAMPIRAN A

 

 

 

BUTIR-BUTIR DOKUMEN TENDER

 

 

 

Dokumen Tender hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-

 

 

 

(a)               Arahan kepada petender

 

(b)               Borang tender

 

(c)                Penentuan/spesifikasi

 

(d)               Syarat-syarat tender

 

(e)               Terma-terma kontrak/dokumen perjanjian

 

(f)                  Senarai kuantiti/ringkasan tender

 

(g)               Jadual Kadar Harga

 

(h)               Lukisan teknikal/pelan

 

(i)                  Tempat Penghantaran

 

(j)                  Cara Membungkus – jika perlu

 

(k)                Cadangan pemindahan teknologi jika berkaitan

 

(l)                  Prestasi/trek rekod (track record)

 

(m)             Profail dan kedudukan Kewangan petender

 

(n)               Senarai peralatan/mesin

 
PMS/UP/656-3/JLD.2(31)page4                                                                                            
 LAMPIRAN B

 

KRITERIA PERTIMBANGAN TENDER –

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBILKIRA

 

Kriteria Pertimbangan Tender dan Perkara-perkara yang perlu diambilkira adalah seperti berikut :-

 

(a)               Keutamaan kepada Bumiputera

 

(b)               Keutamaan harga kepada barang tempatan dan perkhidmatan tempatan

 

(c)                Dasar pemindahan teknologi

 

(d)               Dasar pemindahan barang impot

 

(e)               Anak syarikat menyertai tender badan induk (dilarang)

 

(f)                  Petender mempunyai keupayaan teknikal/kemudahan

 

(g)               Kedudukan kewangan yang baik/memuaskan

 

(h)               Petender mempunyai pengalaman yang mencukupi

 

(i)                  Berpuashati kontrak boleh dilaksanakan dengan sempurna

 

(j)                  Penentuan tidak menjurus kepada jenama atau nama dagang

 

(k)                Penilaian Teknikal dan Kewangan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa yang berasingan telah dibuat dengan saksama

 

(l)                  Penilaian menyeluruh telah dibuat dengan saksama

 

(m)               Tawaran adalah terendah yang dinilai dan boleh disetujuterima (lowest evaluated and acceptable tender)

 

SPP.07/2001