Ruj. Kami        :        PMS/UP/656-3 Jld.2/( 30 )

 

Tarikh            :         28  Mac 2001

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah Dan

Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua Jabatan Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 6 TAHUN 2001

 

PERATURAN PENGURUSAN PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN KENDERAAN KERAJAAN

 

Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.       Adalah dimaklumkan bahawa didalam pemerhatian pejabat ini, masih ada Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Persekutuan yang gagal mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan melalui Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang menyentuh mengenai pengurusan penggunaan dan penyenggaraan kenderaan Kerajaan.

 

3.       Diantara amalan-amalan yang tidak mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang berkaitan ialah seperti berikut:-

 

(a)             Tidak mengadakan Rekod Pusat Kenderaan;

 

(b)             Tidak mewujudkan tanda Jabatan pada kenderaan;

 

(c)             Tidak menyimpan atau menempatkan kenderaan dibawah perlindungan atau di kawasan pejabat semasa tidak digunakan untuk tujuan rasmi;

 

(d)             Kenderaan Kerajaan digunakan untuk tujuan dan urusan bukan rasmi;

 

(e)             Buku Log diselenggara secara tidak sempurna dan tidak lengkap.

 

4.       Sehubungan dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas, sayugia dinasihatkan supaya pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dapat mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1985, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1993, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1999.

 

5.       Diatas segala perhatian dan sokongan Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam memberikan kerjasama untuk mematuhi sepenuhnya Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dengan pengurusan, penggunaan dan penyenggaraan kenderaan Kerajaan amatlah disanjungi dan diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                              T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.