Ruj. Kami : PMS/UP/656-3/JLD.2(28)
Tarikh
: 30
Januari 2001
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Pengarah
Kerja Raya
Ibu
Pejabat
Jabatan
Kerja Raya
88582
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Pengairan dan Saliran
Tingkat
5 dan 6, Menara Khidmat
Jalan
Belia
88000
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Pertanian
Tingkat
5, Menara Khidmat
Jalanbelia
88000
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Perhutanan
Beg
Berkunci No. 68
90009
Sandakan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
05 TAHUN 2001
Saya dengan hormatnya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/ Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan
bahawa terdapat Pegawai-pegawai serta anggota pekerja beberapa Jabatan/Agensi yang telah
membawa atau cuba membawa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan/rayuan.
2.
Pegawai-pegawai dan anggota pekerja telah membawa atau cuba membawa pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong tuntutan/rayuan bagi beberapa kes yang mana telah ditolak dan
tidak diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) seperti berikut, iaitu supaya
PMS :-
(a)
memberi
kelulusan khas ke atas urusan perolehan yang tidak mematuhi Tatacara Kewangan dan Tatacara
Perolehan serta telah berlaku penyelewengan;
(b)
memberi
kelulusan khas bagi urusan penyelenggaraan/kerja kecil yang menggunakan syarikat yang
berada serta beralamat beratus kilometer jauh dari tempat kerja penyelenggaraan dan kerja
kecil berkaitan;
(c)
menarik-balik
serta membatalkan syor surcaj yang telah diputuskan dan dikeluarkan arahan kepada
Jabatan/Agensi;
(d)
menarik-balik
serta membatalkan keputusan supaya bayaran diuruskan berdasarkan Arahan Perbendaharaan
(AP)59, tetapi mendesak kelulusan khas diberi tanpa menggunakan AP59; dan
(e)
memberi
kelulusan khas ke atas urusan perolehan/pembelian yang terdapat berlaku penyelewengan dan
yang tidak mematuhi Tatacara Kewangan serta Tatacara Perolehan.
3. Adalah ditegaskan
bahawa amalan membawa atau cuba membawa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
tuntutan/rayuan dan supaya PMS menukarkan keputusan yang telah dibuat, merupakan satu
kesalahan dari segi Tatakelakuan di bawah Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Pegawai-pegawai dan anggota pekerja yang terlibat serta bertanggungjawab boleh
disyorkan untuk dikenakan tindakan tatatertib.
4. Sehubungan dengan itu,
PMS berharap tindakan dan amalan yang tidak sihat itu diberhentikan dengan serta-merta. Kerjasama dan bantuan Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memastikan amalan serta tindakan itu tidak
berlaku lagi di Jabatan/Agensi Y.Bhg. Dato/Datuk/ Tuan/Puan.
Di
atas perhatian dan sokongan Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Sabah
Pek.Perb.Bil.05tahun2001