Ruj. Kami
:
PMS/UP/656-3 Jld. 2( 27 )
Tarikh
: 16
Januari 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah
88582 Kota Kinabalu.
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat 5, & 6, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu.
Pengarah
Jabatan Pertanian Sabah
Tingkat 5, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu.
Pengarah
Jabatan Perhutanan Sabah
Beg Berkunci No. 68
90009 Sandakan.
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA
SABAH
BIL. 04 TAHUN 2001
SENARAI SYARIKAT/KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN YANG TELAH DISENARAIHITAM
Dengan hormatnya saya ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara
yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat/kontraktor bekalan dan perkhidmatan yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti senarai di Lampiran A Surat Pekeliling ini telah telah melakukan kesalahan di bawah peraturan tatatertib pendaftaran syarikat/kontraktor dengan Perbendaharaan Malaysia. Kesalahan tersebut telah menyebabkan pendaftaran syarikat dibatalkan atau digantung atau tidak diperbaharui dan dengan itu juga syarikat-syarikat tersebut disenaraihitamkan. Tindakan tatatertib ini diambil selaras dengan peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4 serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
3.
Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak dibenarkan untuk
menyertai apa-apa tawaran perolehan secara terus/ sebutharga/tender Bekalan dan
Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Berkanun
Negeri yang menerima peruntukan Kerajaan
Persekutuan, kecuali atas sebab-sebab yang kukuh dan tidak dapat dielakkan serta terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
4.
Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
mempastikan tiada sebarang perolehan diuruskan oleh Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan/Puan dengan syarikat/ kontraktor berkenaan. Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang
diuruskan dengan syarikat/kontraktor tersebut adalah melanggar peraturan semasa tatacara
perolehan Kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh
dikenakan tindakan surcaj.
5.
Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia Sabah Bil. 04 Tahun 2000 adalah dengan ini dibatalkan. Di atas perhatian dan
kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
T.T
( DATUK
DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.
s.k.:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia, Khazanah
Malaysia
Blok 9, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan
Duta
50592 KUALA LUMPUR.
Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak
Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 KUCHING.
Pengarah Audit Negara Cawangan Sabah
Tingkat 6 & 7, Rumah Persekutuan
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Sabah
Tingkat 2, Rumah Persekutuan
88594 KOTA KINABALU.
SuratPekPMSBil.04Th2001