Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3 JLD.2/( 26 )

 

Tarikh                :           10 Januari  2001

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah

88582 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah

Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pertanian Sabah

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan Sabah

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 3 TAHUN 2001

 

PEMBELIAN TERUS DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN

SERTA PENYELENGGARAAN

 

 

Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan kepada  perkara tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pejabat ini, terdapat kecenderungan di kalangan Jabatan/Agensi Kerajaan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk menjurus ke arah melantik satu syarikat atau kumpulan syarikat tertentu untuk membekal barangan/perkhidmatan dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan di Jabatan/Agensi Kerajaan masing-masing.  Syarikat-syarikat tersebut walaupun berbeza dari segi nama syarikat tetapi apabila diteliti didapati adalah dikuasai atau dipegang oleh individu atau kumpulan yang sama serta memiliki alamat yang sama.

 

3.         Tindakan seumpama ini adalah tidak sihat dan boleh menjejaskan imej Jabatan/Agensi Kerajaan pada pandangan awam selain bercanggah dengan peraturan dan norma yang baik.

 

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah diharapkan agar memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya ke arah memastikan kecenderungan melantik syarikat atau syarikat yang diketahui dikuasai oleh individu/kumpulan tertentu sahaja tidak berulang sebaliknya memberi peluang yang lebih luas kepada lebih banyak syarikat yang berkelayakan terutama syarikat-syarikat Bumiputera.

 

5.         Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Sekian.  Terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                       T.T

(  DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI  )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.

 

 

SPP PMS 3/01