Ruj. Kami : PMS/UP/656-3 JLD.2/( 25 )
Tarikh : 10 Januari 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan Labuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan Labuan
Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah
88582 Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah
Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan Pertanian Sabah
Tingkat 5, Menara Khidmat
Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan Perhutanan Sabah
Beg Berkunci No. 68
90009 Sandakan
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN 2
TAHUN 2001
PEMBERITAHUAN
TARIKH DAN MASA TUTUP TENDER PERSEKUTUAN DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN
DENGANNYA
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan kepada
perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh dan
Masa Tutup Tender Persekutuan Sabah telah ditetapkan pada setiap hari Isnin,
jam 12.00 tengah hari. Sekiranya
hari tersebut merupakan hari cuti umum, maka secara sendirinya hari tutup dan
masa adalah pada hari berikutnya.
3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.
Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta membuat perancangan sewajarnya termasuk
memastikan perkara-perkara berkaitan perolehan tender mematuhi tatacara
perolehan yang berkuatkuasa. Di antara
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
3.1.
Memastikan petender menyatakan tajuk tender,
nombor rujukan dan tarikh tutup tender di penjuru kiri sampul surat.
3.2.
Semua perolehan yang melibatkan wang Kerajaan
Persekutuan hendaklah mematuhi peraturan dan tatacara perolehan Kementerian
Kewangan Malaysia.
3.3.
Sebelum membuat sebarang perolehan, Jabatan
hendaklah menentukan terlebih dahulu bahawa peruntukan bagi perolehan berkenaan
telah diluluskan dan mencukupi.
3.4.
Semua perolehan Kerajaan hendaklah dibuat dengan
kontraktor yang pendaftarannya masih berkuatkuasa. Pihak berkuasa bagi pendaftaran kontraktor adalah Kementerian
Kewangan Malaysia/ Perbendaharaan Malaysia Sarawak/ Perbendaharaan Malaysia
Sabah bagi kontraktor bekalan dan perkhidmatan. Bagi kontraktor kerja, pihak berkuasa bagi pendaftaran ialah
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (LPIPM).
3.5.
Memastikan hanya petender yang berkelayakan
berdasarkan kelas/ kod bidang, kepala dan sub-kepala pendaftaran kontraktor
yang berkaitan yang ditetapkan bagi sesuatu tender sahaja dibenarkan membeli
dokumen dan menyertai tender.
3.6.
Jabatan Kerajaan perlu mengenalpasti dan
memastikan perolehan yang dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputera dilaksanakan
sepenuhnya mengikut arahan dan peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.
3.7.
Semua bekalan dan perkhidmatan yang terdapat dalam
Kontrak Pusat yang dikendalikan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah hendaklah
digunapakai oleh semua jabatan dan tidak dibenarkan pembelian dari syarikat di luar
Kontrak Pusat.
3.8.
Jabatan adalah tidak dibenarkan / dilarang
memecahkecilkan perolehan tahunan.
3.9.
Memastikan tempoh minimum pelawaan tender dari
tarikh iklan disiarkan sehingga tender ditutup hendaklah mencukupi iaitu (21)
hari bagi tender tempatan dan (56) hari bagi tender antarabangsa.
3.10.
Semua pelawaan tender hendaklah diberi publisiti
yang seluas-luasnya supaya syarikat yang bonafide berpeluang menyertai tender dan membolehkan
Kerajaan mendapat tawaran yang terbaik.
Tender tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu (1)
akhbar harian utama berbahasa Melayu.
Untuk tender antarabangsa, sekurang-kurangnya di dalam dua (2) akhbar,
di mana satu berbahasa Melayu dan satu berbahasa Inggeris.
3.11.
Setiap Dokumen Tender hendaklah dikenakan bayaran mengikut
kadar yang ditetapkan. Jabatan
hendaklah memastikan penjualan Dokumen Tender mematuhi peraturan dengan kadar
harga dokumen berasaskan jenis, kuantiti dan kualiti kertas yang digunakan.
3.12.
Penentuan yang tepat dan jelas perlu disediakan
bagi menentukan petender mendapat gambaran yang jelas mengenai
kehendak-kehendak Kerajaan di dalam sesuatu perolehan (Telah diterangkan di
dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bilangan 01 Tahun 2001).
4. Segala perhatian dan kerjasama dari
pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR.
ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.
SPP PMS 2/01