Ruj. Kami : PMS/UP/656-3
Jld. 2/( 18 )
Tarikh : 11 Disember 2000
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan Sabah
dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Semua Ketua Badan
Berkanun Persekutuan Sabah
dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
BILANGAN 23 TAHUN 2000
Adalah saya menarik
perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa di dalam pemerhatian
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) mendapati masih ada Jabatan dan Agensi
Kerajaan yang mengamalkan pengeluaran “Pesanan Kerajaan Terbang”. Di antara
perkara-perkara yang PMS anggap boleh digolongkan sebagai pengeluaran “Pesanan
Kerajaan Terbang” adalah seperti berikut:
2.1
Jumlah kuantiti barang yang dibekalkan tidak
sama dengan kuantiti barang yang tercatit di dalam Pesanan Kerajaan;
2.2
Tiada sebarang bekalan barang dibuat namun
pihak pembekal membuat tuntutan;
2.3
Pembekalan barangan yang berbeza dari pesanan
barangan serta juga spesifikasi yang dicatit di dalam Pesanan Kerajaan;
2.4
Tarikh-tarikh yang terdapat di dalam Pesanan
Kerajaan hanya direka-reka;
2.5
Tarikh-tarikh yang tercatat di dalam Pesanan
Kerajaan dibelakangkan (back dated);
2.6
Tiada sebarang tarikh yang tercatat di dalam
Pesanan Kerajaan;
2.7
Pesanan Kerajaan dikeluarkan untuk pesanan
yang tidak pernah wujud/diterima;
2.8
Tarikh-tarikh yang tercatit di dalam Pesanan
Kerajaan adalah lebih awal dari tarikh kuatkuasa Pendaftaran Syarikat dengan
PMS atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK);
2.9
Pesanan Kerajaan dikeluarkan kepada
syarikat-syarikat yang berdaftar/beroperasi di bandar lain yang terletak
beratus kilometer jauhnya pada hal di bandar yang Pejabat Kerajaan berkaitan
beroperasi terdapat banyak syarikat yang berdaftar yang dapat membekalkan
barangan atau melaksanakan projek-projek berkaitan;
2.10
Pesanan Kerajaan dikeluarkan walaupun tidak
ada peruntukan;
2.11
Pesanan Kerajaan dikeluarkan kepada syarikat yang
sama untuk beberapa jenis bekalan dan kerja pada hal boleh diberi kepada
beberapa syarikat lain;
2.12
Pesanan Kerajaan walaupun dikeluarkan kepada
beberapa syarikat tetapi syarikat-syarikat itu tergolong di bawah satu syarikat
Bukan Bumiputera sahaja;
2.13
Pesanan Kerajaan dikeluarkan bagi pembelian
‘accessories’/alat kelengkapan dan barangan.
Tetapi kos ‘accessories’ dan kelengkapan telah pun dibayar berdasarkan
harga pakej alat/ barangan yang dibeli yang mana kos secara menyeluruh adalah
termasuk ‘accessories’/alat kelengkapan yang dibekalkan bersama-sama barangan
yang telah dibeli itu;
2.14
Pesanan Kerajaan dikeluarkan bagi pembelian
barang dan pelaksanaan projek. PMS
dapati Pesanan Kerajaan yang berasingan telah pun dikeluarkan bagi pembelian
barang dan pelaksanaan projek yang sama dan bayaran telah pun
dilaksanakan/bereskan;
2.15
Pesanan Kerajaan dikeluarkan bagi pembelian
alat-alat ganti (spare parts) di dalam urusan penyelenggaraan. Terdapat kes-kes di mana alat-alat lama
tidak pun digantikan dengan alat-alat ganti yang baru walaupun di dalam Pesanan
Kerajaan dicatatkan pembelian alat ganti yang baru;
2.16
Walaupun kuantiti dan jumlah kos jelas
tercatat di dalam Pesanan Kerajaan, syarikat-syarikat telah menipu dengan
membekalkan barangan dengan kuantiti yang sedikit (short supply) tetapi telah
membuat tuntutan sejumlah kos yang tercatat di dalam Pesanan Kerajaan. Syarikat berani berbuat demikian, kerana
pihak pegawai/anggota pekerja telah mengadakan rundingan dengan syarikat di
mana perbezaan kos bagi kuantiti yang tidak dibekalkan itu, akan disalurkan
kepada pegawai/anggota pekerja dengan kiraan-kiraan (formula kiraan) yang
dipersetujui di antara kedua pihak tentang jumlah wang yang akan diberi; dan
2.17
Syarikat terpaksa menetapkan harga yang tinggi
tanpa diskaun dan harga ini dicatatkan di dalam Pesanan Kerajaan kerana
terdapat pegawai/anggota pekerja yang akan merundingkan dengan syarikat supaya
mereka dibayar ‘commission’/saguhati daripada jumlah kos itu daripada syarikat.
3.
Amalan mengeluarkan “Pesanan Kerajaan Terbang”
oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan wajar dielakkan kerana sekiranya ianya
berterusan boleh memudaratkan imej Kerajaan jika sesuatu yang tidak dijangka
berlaku terhadap Pesanan Kerajaan berkenaan.
Di samping itu juga pihak Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan hendaklah
juga sentiasa memantau pengeluaran Pesanan Kerajaan dan juga memantau para
pegawai/anggota pekerja yang bertanggungjawab terhadap pembekalan dan kerja
yang dipesan dengan menggunakan Pesanan Kerajaan memandangkan penyalahgunaan
dan penyelewengan mungkin akan berlaku.
4.
Adalah diharapkan pihak Y.Bhg.
Datuk/Dato’/Tuan/Puan senantiasa mengambil berat tentang penggunaan Pesanan
Kerajaan di pejabat Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan dan sentiasa memantau
pegawai/anggota pekerja yang bertanggungjawab di dalam urusan ini. Segala perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg.
Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan terima
kasih.
Saya yang menurut
perintah,
T.T
( DATUK
DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan
Sabah
Sd/spp23 tahun 2000